Kenapa air kelapa minuman paling elok waktu berbuka?

Kalau korang perasan, air kelapa kalau dijual kat bazar mesti habis dijual. Sebab memang ramai yang suka minum air kelapa ni, katanya menghilangkan haus sepanjang hari berpuasa.

Tapi memang itulah sebenarnya yang terbaik untuk dijadikan minuman ketika berbuka. Ini kerana ia mengandungi beberapa manfaat untuk kita, antaranya: 

Mengalakkan hidrasi

Menurut kajian, air kelapa mampu menghidrasi tubuh badan lebih baik daripada minuman isotonik dan air putih. Jadi sudah tentu ia akan menjadi pilihan minuman yang baik setelah seharian berpuasa.

Membantu menurunkan berat badan

Kandungan lemak dalam air kelapa adalah sangat rendah selain secara semulajadi dapat menyekat selera makan dan membuatkan rasa kenyang.

Menyumbang kepada kulit yang cantik

Membersihkan wajah dengan air kelapa dikatakan dapat merawat masalah kulit seperti jerawat dan cela, melembapkan kulit dan mengatasi masalah kulit berminyak.

Memudahkan penghadaman

Ia tinggi dengan kandungan serat dan membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.

Mengawal tekanan darah 

Kandungan elektrolit dalam air kelapa juga mampu mengawal tekanan darah.

mungkin uols minat baca:
Buah apa yang elok dimakan pada bulan Ramadhan?
Roti Gardenia pun boleh jadi pizza