Ibu mengandung dan menyusu ni memang memerlukan tenaga yang lebih sikit semasa berpuasa. Oleh itu, kenalah pilih makanan yang betul semasa berbuka dan sahur bagi mengelakkan rasa terlalu letih.
Harini Kak Jah nak share stok makanan wajib untuk dua golongan ini sepanjang berpuasa. Jom tengok!
1. Roti wholemeal
Bagi ibu hamil dan ibu yang menyusu, mereka perlu bijak dalam memilih makanan yang paling bagus dan bertenaga untuk diri dan juga bayi.
Sumber karbohidrat kompleks yang paling mudah didapati adalah roti wholemeal yang boleh bagi tenaga berterusan.
2. Telur rebus
Telur menyimpan banyak khasiat dan kebaikan buat si ibu serta membantu perkembangan janin yang sihat. Seperti yang kita tahu, telur kaya dengan protein dan lemak asid omega 3.
3. Susu dan yoghurt
Susu segar mampu membekalkan kalsium, protein dan vitamin B dan D secara harian untuk ibu. Pengambilan susu secara rutin juga sangat penting kerana ia dapat membantu memastikan kesihatan tulang ibu dan bayi dalam kandungan.
Kalau tak suka minum susu putih, boleh campurkan susu tadi dengan buah-buahan menjadi smoothies dan seeloknya jangan tambah gula ya. Sedap!
4. Kurma
Kebaikan buah kurma memang tidak dapat disangkal lagi terutama buat para ibu. Islam juga turut mengajar kita untuk menerapkannya dalam diet pada bulan Ramadhan sebagai sunnah.
Kurma diperkaya dengan khasiatnya yang kaya dengan zat besi dan kalsium dalam membantu melancarkan penghasilan susu ibu yang berkualiti.
Buat ibu hamil pula, amalan memakan buah kurma amat baik dalam membantu merangsang hormon dalam badan yang dapat mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
5. Oat
Oat seringkali menjadi pilihan pengamal makanan sihat walaupun ketika bulan puasa kerana kesan baiknya pada kesihatan jantung. Bukan itu sahaja, ia juga disyorkan untuk ibu hamil dan menyusu kerana mengenyangkan di samping membekalkan tenaga serta melancarkan sistem penghadaman.
Okay so selamat berpuasa kepada ibu hamil dan juga ibu menyusu ya.