Jom makan nasi hujan panas dengan sambal ayam!

Kalau nak makan special sikit dekat rumah, uols boleh cuba resepi ni. 

Untuk raya kedua, ketiga dan seterusnya ngam la kalau buat nasi hujan panas ni, makan pula dengan sambal ayam. Mmg syok! 

Jom tengok resepi nasi hujan panas yang dikongsikan oleh Eka Afikah

Bahan-bahan: 

  • Beras secukupnya
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Daun pandan
  • Susu cair

Cara-cara:

1.   Tumis bahan

Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, dan daun pandan sampai wangi.

2.   Masukkan beras & susu cair

Dah boleh transfer ke rice cooker kalau tadi tumis bahan atas kuali.

Kemudian masukkan beras.

Tambah susu cair lebih kurang setengah tin.

3.   Tambah air

Seterusnya tambah air ikut sukatan macam masak nasi biasa.

Tunggu nasi masak.

4.   Bubuh pewarna

Bila nasi dah kering, masukkan pewarna yang dicampur air.:00

Lepas tu tutup periuk sekejap.

Kemudian baru gaulkan nasi. Buat perlahan-lahan supaya nasi tak pecah. Saya gaul guna garfu.

Siap!

Resepi sambal ayam

Bahan-bahan: 

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Cili kering
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit sos cili

Cara-cara: 

1.   Blender

Pertama sekali, blender bawang besar, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.

2.   Tumis

Kemudian tumis sampai garing.

3.   Bubuh air asam jawa & sos cili

Selepas itu, bubuh sedikit air asam jawa.

Saya letak sos cili sedikit. Kalau nak kurang pedas boleh letak sos tomato. Ikutlah selera masibg-masing ya.

4.   Perasakan

Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.

Siap!

Selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun