Lokasi Pasar Di KL Yang Ada Jual Set Menu Bahan Mentah, Bantu Kerja Masak Jadi Mudah & Cepat

Dilema biasa mak-mak ialah bila nak fikir hari ni nak masak apa eh? Sampai buntu memikir Google resepi dekat media sosial untuk dapatkan idea.

Tapi nak tahu tak sekarang ni benda dah mudah sebab ada peniaga bahan mentah yang mula tawarkan bahan jualan dalam bentuk set menu. Menariknya, kita pilih je menu apa nak masak hari ni, bahan semua siap dah ada. Tak perlu lagi beli asing-asing.

Kalau korang dekat KL, lokasi yang boleh korang datang untuk beli set menu ialah di Pasar Besar Cheras. Di sana ada penjual yang dah siap sediakan bahan mentah bersama bahan-bahan lain dalam satu talam.

Contohnya, menu yang ada ialah kari ayam, kari ikan dan sup ayam. Lengkap bersama rempah, cli kering, bawang besar dan pelbagai lagi bahan lain dalam satu talam dengan satu harga sahaja. 

Sumber gambar: via Facebook