Nak masak nasi lemak memang kita nampak simple and fikir semua orang boleh buat.
Tapi, kena ingat mommies, kalau air terlebih sukatan, nasi lemak uols tak jadi. So macam mana nak buat nasi lemak tu just nice? Okay ikut cara ni ya dari Nieza Nor Hamnira!
Gunakan formula 1: 1: 0.5
Contoh: 1 cawan beras : 1 cawan air : ½ cawan santan (nak bagi selamat supaya tak jelantah, lebihkan dalam satu sudu lagi santan)
Tip nak bagi lagi sedap: Masukkan secubit garam, gula (tidak wajib), sedikit mentega atau minyak (untuk longkahkan antara butir nasi).
Tumbukkan halia, bawang merah, bawang putih dan daun pandan (tidak mahu guna bawang merah dan putih pun tidak mengapa). Kacau dan rasakan santannya, barulah tekan on pada periuk nasi.
Mudah bukan? Selamat mencuba!
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun