Kita selalu tengok bila muka perempuan tu flawless je, kita pun jeles, sampai fikir apa lah rahsianya kan.
Tak sangka pula ingatkan lelaki sahaja yang kena cukur, rupanya kita pun sama la uols. Baru la dapat muka flawless tu, gebu je orang tengok kan?
Tapi cara kena la betul. So uols semua, jom baca tips ni. Follow rapat-rapat okay!
Peralatan Untuk Mencukur Muka:
- Skrub muka
- Kain bersih untuk muka
- Gel pencukur muka
- Pisau pencukur muka
- Pelembap muka
Langkah Pertama
Uols perlu cuci muka dengan air bersih, tanggalkan segala minyak dan kotoran yang terdapat pada muka agar mudah untuk mencukur muka.
Langkah Kedua
Selepas mencuci wajah, bersihkan muka lagi sekali menggunakan skrub muka ini bertujuan untuk membersihkan segala sel mati yang terdapat pada permukaan kulit dan sekaligus membolehkan pisau cukur mencukur dengan rata pada permukaan kulit muka.
Langkah Ketiga
Selepas sel-sel mati dibersihkan menggunakan skrub muka, tuam muka dengan menggunakan tuala panas selama tiga minit. Ini bertujuan untuk melembutkan kulit dan bulu yang terdapat pada kulit muka, sekaligus memudahkan kamu untuk mencukur.
Langkah Keempat
Kulit muka telah menjadi lembap, sapu gel pencukur wajah pada muka dengan menggunakan gel atau krim pencukur muka ia dapat memudahkan pisau cukur untuk mencukur di permukaan kulit muka.
Langkah Kelima
Gunakan pisau cukur yang tajam untuk mencukur wajah, pastikan pisau pencukur yang kamu pilih tidak tumpul mahupun berkarat.
Langkah Keenam
Cukur muka dengan cara satu hala sahaja, tekan pisau pencukur dengan lembut pada muka secara 45 darjah dan cukur secara perlahan-lahan dan stabil. Jangan cukur muka menggunakan banyak arah ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi iritasi.
Langkah Ketujuh
Selesai mencukur, bersihkan muka dan kemudian sapukan krim pelembap muka pada kulit wajah untuk melembapkan kulit. Peringatan selepas mencukur muka jangan terus pakai mekap atau mana-mana produk muka, kamu perlu tunggu seketika.
Sebenarnya cukup mudah untuk mencukur muka yang penting peralatannya betul dan cara mencukurnya juga harus diikuti. Jadi lepas ini kamu dah boleh mencukur muka di rumah dengan cepat dan mudah mengikut langkah-langkah di atas.
Selamat mencuba!
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun