Selalunya kalau nak makan ikan siakap masak stim ni mesti pergi kedai kan? Kononnya baru lah feel! 

Tapi kan, kali ni uols boleh buat sendiri je dekat rumah, sambal tengok tv, layan makan puas-puas. Syok kan? Jom tengok cara yang dikongsikan Marina Ismail dalam Facebooknya.

Bahan-Bahan:

  • Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan
  • 5 ulas bawang putih
  • Stok ayam (kalau tidak ada, guna 1 kiub pati ayam kacau dgn ½ cawan air panas)
  • Cili api merah
  • Daun limau
  • Serai
  • Halia
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
  • Sos ikan (5 sudu besar)
  • Garam (tak letak pun takpe)
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

1.   Sediakan bekas yang sesuai mengikut saiz ikan dan letak dalam pengukus. Sekiranya mahu lebih cepat, boleh gunakan magic pan. Lagi cepat masak!

2.   Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakkan. Selepas itu, sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.

3.   Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.

4.   Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Tolong rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan.

5.   Ok, bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.

6.   Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No. 4) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. 

Dah siap!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 34 cawangan seluruh Malaysia. so jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!  

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun