Sedapnya sotong goreng tepung, jom buat sendiri!

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Thai, tidak sah kalau tak order lauk sotong goreng tepung bukan? Sedap dimakan bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja, masih ramai dalam kalangan kita yang masih belum pakar dalam membuat menu sotong ini. 

Haa, jom kita start buat sendiri dekat rumah, lagi puas hati! 

Cara-cara: 

1.   Basuh dan potong sotong putih seperti dalam gambar.

2.   Masukkan ke dalam penapis supaya air sotong sentiasa keluar.

3.   Pecahkan 1 biji bawang putih. Ayu gunakan Ikea Garlic Press.

Langkah 2

4.   Masukkan 1 sudu cuka dan gaul rata. Apabila kita masukkan cuka, kita akan perhatikan sotong akan mengecut sedikit dan keluarkan air dari badan sotong.

5.   Inilah rahsianya sotong kurang meletup sewaktu digoreng. Sotong mempunyai kandungan air yang tinggi. Sebab itu dia akan meletup ketika digoreng.

*Jangan masukkan cuka banyak sangat, nanti jadi fermented squid pula.

Tip masakan: Gunakan cuka buah-buahan seperti cuka buah epal. Elakkan menggunakan cuka sintetik kerana itu cuka tiruan yang mempunyai rasa yang agak tajam walaupun murah. Cuka buah-buahan mempunyai khasiat yang tinggi.

6.   Masukkan serbuk lada sulah. gunakan serbuk lada sulah Anjaad.

Tip masakan: Penggunaan bawang putih dan lada sulah akan menaikkan ‘rasa’ makanan. Sebab itu kita akan perhatikan, kebanyakan masakan Cina banyak menggunakan 2 elemen ini dalam perapan masakan.

Masukkan garam sedikit dan ratakan semua selama 10 minit. Sediakan bahan untuk salutan:

  • 1 biji telur dipukul untuk sebatikan putih telur dengan kuning telur sahaja. Jangan pukul beriya sebab nanti telur akan jadi ringan, dia tak berapa melekat pada sotong nanti.
  • Tepung jagung. Nak gantikan dengan tepung serbaguna goreng rangup boleh juga. Guna 5 sudu tepung serbaguna ditambah dengan 5 sudu tepung jagung.

Proses salutan:

  • Celup sotong perapan ke dalam telur dan kemudian terus ke dalam tepung. Pastikan sotong disalut luar dan dalam.
  • Ini antara proses yang penting untuk elakkan sotong meletup. Tepung bertindak sebagai bahan serap air dari badan tepung. Selain itu, telur akan bertindak sebagai gam iaitu melekatkan sotong dengan tepung.

Buat satu-satu. Renyah sedikitlah pada awal mencuba tetapi kita akan lebih mahir selepas itu.

  • Goreng apabila minyak betul-betul panas. Masukkan sotong satu satu. Lihat gambar bagaimana sotong tersalut penuh dengan tepung.

Tip memasak: Jangan menggoreng sotong terlalu lama konon konon nak pastikan sotong rangup.

  • Seafood tidak boleh overcooked kerana akan liat selepas sejuk.
  • Terbalikkan apabila tepung sudah nampak macam merangup dan angkat. Sotong Goreng Tepung sudah diangkat.

Siapppp! Banyaklah tangan yang akan menyinggah di dapur.

Sumber: Rafiza Idayu

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun