Sekarang ni kan selalu dengar pasal kutu kan? Terutamanya masa harga emas turun, memang ramai sangat join main kutu emas ni. Tapi korang tahu tak, main kutu ni kalau tak kena caranya boleh menyebabkan kita terjerumus buat kesalahan dari segi undang-undang? 

Benda ni berlaku dalam dua situasi iaitu bila ibu kutu kenakan yuran keahlian daripada peserta yang nak melanggan atau sertai kutu dan satu lagi apabila dana diiklankan atau dipromosikan kepada masyarakat umum.   

Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28) menyatakan tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Perkara berkaitan Akta 28 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebarang penyelewengan kutu boleh dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat (ROC) dan polis.

Jadi macam mana nak main kutu dengan bijak, selamat dan paling penting disayangi pihak berkuasa mahu pun pihak bank? Haa, kita main je dengan rimau. Bukan rimau yang di hutan tu, tapi rimau yang paling banyak duit.

Caranya mudah je. Jom tengok sharing Wan Aswani ni.

1. Korang login maybank2u.com.my, pastikan link yang betul dan guna browser ya.

2. Nanti korang scroll ke bawah dan akan nampak dekat Create Goal tu. Masukkan kategori, goal dan berapa komitmen bulanan yang korang nak bayar dan berapa lama anggaran perjalanan untuk korang nak penuhkan tabung tu.

3. Bila tabung dah penuh dan korang nak keluarkan duit tu, just pergi je dekat titik tiga tu dan remove goal. Nanti duit akan masuk ke akaun bank korang semula.

Selamat berkutu dengan rimau!

Sumber: Sinar Harian. Wan Aswani

Kredit gambar utama: Alexander Mils via unsplash.com