Trend photoshoot baju kawin ni dah lama dah sebenarnya. Selain daripada momen majlis itu sendiri, baju pengantin juga akan dipotretkan dan dimasukkan dalam pakej photoshoot perkahwinan.

Tapi yang jadi tak bestnya bila photoshoot baju tu telah menyusahkan pihak lain kerana baju digantungkan pada tempat yang tak sepatutnya. Contohnya kalau majlis di hotel, ada jurugambar yang tak bertanggungjawab menggunakan fire sprinkler sebagai ‘hanger’.

Trend seperti ini perlu dihentikan kerana struktur fire sprinkler itu sendiri rapuh, jadi bila ada beban seperti ia digunakan sebagai hanger, maka ia boleh menyebabkan penggera kecemasan diaktifkan!

Jadi bila penggera diaktifkan secara automatik, air akan dipancut keluar.  Sebab itulah ada negara yang meletakkan kesalahan penggunaan fire sprinkler boleh dikenakan hukuman, tertakluk di bawah undang-undang negara masing-masing.

Kalau lihat thread di Twitter, ada yang berkongsi kejadian hotel yang mereka duduki banjir dek kerana photoshoot ini.

Korang rasa macam mana?