Jangan ambil ringan, jom tengok cara nak bersihkan papan potong!

Papan pemotong merupakan alatan wajib yang ada di setiap dapur semua orang. Pelbagai jenis papan pemotong juga yang boleh kita dapatkan di pasaran. 

Ada yang berbentuk ikan, bercorak bunga, hanya plain color, bermotifkan kayu dan lain-lain. Hanya perlu ke kedai dan beli sahaja.

Tetapi apa yang mommies mungkin terlepas pandang ialah, papan pemotong ini adalah alatan yang paling senang melekat bakteria dan kuman. Ini kerana ianya merupakan alatan yang digunakan setiap hari dan jika uols kurang memberi perhatian pasti ianya kotor.

Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).

Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.

Cara-cara:

  1. Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
  2. Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
  3. Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimum. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
  4. Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
  5. Dan gunakan seperti biasa.

Sumber: Fatimah Salim

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun