Buat kek coklat guna nasi? Menarik untuk try ni mommies!

“Macam tak percaya. Kek sesedap ini hanya nasi sahaja bahan utamanya. Punyalah senang, anytime boleh buat.”

Mesti mommies terkejut kan, like seriously? Haha! 

Menurut perkongsian Puan Syahirah Zulkifli, penyediaannya tak sampai 30 minit pun. Dan yang paling best, kek coklat ini adalah gluten free, dairy free & egg free. 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan organic raw cane sugar – Sebab dah kehabisan stok, saya guna gula merah/molasses campur gula kabung. 1 cawan agak manis juga. Boleh kurangkan sikit.
  • 1 cawan minyak – Ini pun rasanya boleh kurangkan sedikit sebab bekas kek agak berminyak lepas masak.
  • Secubit garam – Saya guna garam bukit / himalayan pink salt kat rumah.
  • Air suam 100ml – Saya tambah sedikit lagi sebab tak boleh nak blend.

Oh ya, dengan semua sukatan bahan ini saya dapat 9 biji kek saiz kecil sikit dari tapak tangan saya. Dalam gambar di bawah ini tangan anak saya yang umurnya setahun.

Bahan tambahan (optional):

  • Sedikit tepung jagung. Anggaran 4 sudu kecil.
  • 1 sudu kecil pure baking powder 
  • Cuka epal

*Rasanya tak tambah 3 bahan di atas ini pun tak apa sebab keknya memang tak naik. Tekstur keknya bila dah masak memang sangat moist. Lepas dibiarkan sejuk atas meja, kek jadi lebih keras. Nak lebih sedap, sejukkan dalam peti ais dulu.

resepi kek nasi

Cara-cara: 

  1. Kisar
    Pertama sekali,blendkan saja semua bahan sampai sehalus yang boleh.
  2. Kukus / Bakar
    Saya tuang dalam paper cup muffin. Kukus selama sejam.
    Pastikan tudung periuk kukus ditutup untuk elak wap air masuk ke dalam kek. Masa memasak memang agak lembap teksturnya. Bila ia dah sejuk ia akan mengeras.
    Biarkan masak lebih kurang sejam. Kalau bakar, rasanya sekejap saja. Bakar pada 170 darjah Celcius selama lebih kurang 40 minit.
  3. Siap!

Eh, itu saja langkahnya? Macam tak percaya, kan?

Bila dah sejuk, boleh terus makan. Tak sabar nak rasa. Sedap! Bila ada lebih, sejukkan semalaman dalam peti ais, lagilah sedap! Macam makan chocolate bar.

SELAMAT MENCUBA!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun