Mesti ramai yang menyimpan baki buah tembikai dalam peti sejuk daripada membuang buah tersebut.
Tapi apa yang menjadi masalah apabila uols makan buah tembikai yang disimpan dalam peti sejuk sama ada semalaman atau dua hari kemudian, ia boleh memberi mudarat pada kesihatan.
Untuk pengetahuan uols, apa jua makanan tidak bagus di simpan lama dalam peti sejuk, ia akan memberi kesan pada si pemakan jika memakan makanan yang sudah terbiar lama. Ini antara mudarat atau kesan yang boleh berlaku pada diri uols.
1. Tubuh Jatuh Sakit
Uols maybe tidak sedar buah tembikai yang disimpan dalam peti sejuk sudah dicemari dengan kuman dan bakteria, kerana tidak disimpan dengan betul dalam peti sejuk.
Sudahlah tercemar dengan bakteria, uols makan pula buah tembikai yang sudah dua ke tiga hari terbiar dalam peti sejuk.
Kesannya akan mengalami tanda-tanda seperti demam, rasa sejuk satu badan, pandangan mata jadi kabur, rasa lemah pada kedua-dua kaki dan tubuh menggigil satu badan.
2. Nyawa Hampir Melayang!
Kes yang paling teruk pernah dilaporkan adalah di mana si pemakan buah tembikai terbiar lama dalam peti sejuk mengalami “shock blood pressure”, di mana tubuh mangsa tersebut dijangkiti bakteria dengan jumlah yang lebih banyak dari normal.
Bakteria tersebut memasuki saluran darah daripada usus kemudian menyebabkan berlaku sepsis dan septic shock pada tubuh mangsa, hingga menyebabkan nyawa mangsa hampir melayang.
Menurut profesor dari Universiti Agrikultur China, pembiakan atau tumbesaran bakteria berlaku kerana dua faktor iaitu peti sejuk yang kotor dan tidak bersih, dan satu lagi faktor adalah suhu yang terlalu tinggi dalam peti sejuk.
3. Usus Rosak Dan Harus Dibuang
Terdapat satu lagi kes di mana lelaki berusia 70 tahun didiagnos menghidap “necrotising enterocolitis (NEC)”, di mana sebahagian ususnya menjadi rosak dan mati selepas memakan buah tembikai yang terbiar lama dalam peti sejuk.
Ekoran dari itu, usus lelaki tersebut harus dibuang menerusi pembedahan kerana telah dijangkiti bakteria.
NEC ini juga boleh beri kesan pada bayi, terutama bayi yang lahir pra-matang. Oleh itu, golongan ibu hamil, kanak-kanak, orang dewasa dan individu yang punya imun sistem yang lemah, harus berhati-hati dan tidak memakan buah tembikai yang sudah terbiar lama dalam peti sejuk (terutama yang tidak disimpan dengan baik).
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun