Bila dah memasuki usia 30-an, rutin penjagaan wajah juga perlu dilakukan dengan rapi.
Bermula daripada membuang kotoran muka sehinggalah ke penggunaan krim malam untuk mendapatkan kulit wajah bersih dan bersinar, malah tambahan kepada anti-penuaan juga.
Jika uols menghadapi masalah penjagaan kulit, mungkin dah tiba masanya kamu meningkatkan rutin harian.
Ini adalah perkara yang disarankan doktor pakar pembedahan plastik Anthony Youn, MD.
Exfoliate dua kali seminggu
Ramai skip melakukan proses pengelupasan kerana khuatir akan merosakkan lagi keadaan kulit. Kulit rosak terjadi apabila kamu menggunakan skrub dari bahan yang hanya merengsakan.
Semasa kita muda, kulit mengelupas atau bertukar setiap enam hingga lapan minggu. Sayangnya, proses ini lambat ketika kita semakin berusia. Oleh itu, kulit kita mengumpul sel-sel kulit mati, menjadikannya kusam dan kadang-kadang terasa sukar disentuh.
Pakar bedah plastik ini mengesyorkan pengelupasan wajah dua kali atau tiga kali seminggu jika uols mempunyai kulit normal.
Tapi kalau mempunyai kulit sensitif, pengelupasan seminggu sekali sudah cukup.
Tips Doktor: Elak guna lulur wajah yang keras. Untuk pengelupasan yang lebih lembut, cubalah produk berasaskan asid seperti produk yang disuntik dengan glikolik atau serum vitamin C.
Jangan skip SPF
Pendedahan cahaya matahari menyebabkan kulit kendur dan berkedut sebelum waktunya. SPF 30 adalah pelindung matahari yang sesuai untuk digunakan.
Doktor memberitahu agar tidak menggunakan pelindung matahari yang mengandungi oxybenzone, yang merupakan “gangguan hormon yang diketahui.” Apabila membeli sebarang produk penjagaan kulit, sila periksa senarai bahan.
Gunakan serum yang mengandungi vitamin C dan E setiap pagi
Vitamin C adalah ramuan popular yang ada dalam banyak serum, dan untuk alasan yang baik: antioksidan melindungi kulit dari radikal bebas – penyebab lain penuaan kulit pramatang. Doktor mengatakan ia berfungsi lebih baik apabila digabungkan dengan vitamin E, daripada digunakan sendiri.
Tambah retinol ke dalam rutin
Doktor menjelaskan retinol adalah krim anti-penuaan terbaik yang diketahui secara saintifik. Bahan ini pada dasarnya berfungsi untuk mengelupas kulit, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan bintik, dan ia membantu penghasilan kolagen pada kulit.
Kita sedia maklum, makin bertambah usia, makin berkurang kolagen. Jadi, gunakan krim berasaskan retinol setiap petang.
Sekarang dah jelas, jadi sama-sama kita menjaga kulit agar kekal bersih. Bila kulit bersih, hati pun senang!
Selamat Beramal!
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun