Mempunyai anak kecil di rumah bukanlah satu alasan untuk tidak boleh memiliki rumah yang kemas dan rapi. Para ibu sering mengeluh penat selepas kemas keadaan ruang akan bersepah kembali dengan segala barang permainan. Banyak masa yang diambil untuk ulang kemas semula.
Jangan risau, sebenarnya anda tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Ikut tips ini, mudah sangat kerana kita sebenarnya boleh lakukan dalam masa 5 minit saja dan rumah kekal bersih!
Lakukan 7 perkara ini untuk dapat hasil yang sama:
- Sediakan storage yang lengkap
Setiap rumah perlu memiliki ruang untuk penyimpanan. Beli perabot yang mempunyai ruang penyimpanan tertutup supaya barang yang hendak disimpan tidak kelihatan sarat. Letakkan perabot simpanan ini di ruang yang agak tersembunyi seperti di bawah tangga ataupun loteng.
- Buang sampah setiap hari
Anda perlu jadualkan waktu membuang sampah anda pada waktu pagi sebelum keluar rumah ataupun pada waktu malam. Jangan tunggu bakul sampah penuh baru terdetik nak buang sampah. Ini akan menyumbangkan bau yang kurang menyenangkan serta mengundang haiwan dan serangga seperti Cik T dan Lalat.
- Kemas katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
- Selepas basuh baju terus lipat
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
- jangan biar singki penuh
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi sinki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. Jika anda rasa malas juga, didik anak dan ahli keluarga yang lain untuk membasuh pinggan selepas digunakan.
- Pastikan kaunter dapur sentiasa bersih
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan sampai tamat tarikh luput pula.
- Kemas ruang tamu tengah hari dan malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas. Pasti akan membuat anda rasa tenang dan bahagia.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun