Untuk orang yang selalu memasak, dapur adalah salah satu barang yang akan dijaga dengan baik supaya tahan lama. Bukan sekadar di luaran, dapur juga perlu dijaga di bahagian dalamnya tau.

Lap dapur masak perlu jadi rutin selepas memasak supaya dapur sentiasa dalam keadaan bersih. Takkanlah lepas nak masak nak biarkan dapur berkerak dengan minyak dan sisa makanan kan?

Kredit: Bumi Clean

Ada beberapa tip untuk korang bersihkan dapur masak supaya masalah berkerak tak lagi jadi masalah. Nak tahu? Jom baca lanjut.

1. Penunu dapur

Kredit: Mrs Peluyera

Masalah penunu jadi hitam ni memang biasa dah korang tengok kan? Terutamanya dekat kedai makan. Hmm, kerak dia boleh kembang tekak dibuatnya. Nak cuci benda ni tak susah pun.

  • Campurkan soda bikarbonat dan cuka dalam larutan air panas (biar larutan pekat)
  • Gosokkan larutan pada penunu dan biarkan selama 15-20 min sebelum berus dengan berus sabut atau berus dawai.

Hasilnya nanti, memang macam baru keluar dari kedai. Berkilat cantik! Bau minyak pun dah tak ada.

2. Kesan makanan

Kredit: Impiana

Ada orang dia hanya kisahkan kesan makanan pada dapur masak dan biarkan je kawasan dinding berselaput dengan sisa makanan yang terpercik. Bila cuba tonyoh dengan sabun tak juga hilang-hilang, lainlah kalau dinding berjubin, senang sikit nak lap.

Buat yang hanya berdindingkan simen tu, korang boleh buat air bancuhan daripada soda bikarbonat, cuka dan lemon dan gosokkan pada dinding. Masa ni tonyohlah dalam 5 minit, mesti habis hilang semua kotoran yang ada nanti. Lepas ni tak perlu takut nanti kalau menumis, minyak terpercik ke dinding lagi.

3. Dapur masak

Selain daripada air bancuhan atas tadi, korang boleh gunakan tepung je untuk cuci dapur masak yang berminyak. Tak perlu guna air pun, hanya tabur tepung dan lumurkan di atas dapur sebelum biarkan sekejap. Lepas tu laplah dengan tisu. Hasilnya memang berkilat shining shining dapur masak korang. Tengok pun jadi seronok.

Tak perlu masa lama pun nak cuci kalau korang guna cara di atas tu. Modal pun tak tinggi Semua bahan memang guna barang dapur. Tak perlu bahan kimia.

Kredit gambar utama: Bumi Clean/VillaPink