Cakap je pasal creampuff memang terbayang keenakannya. Dengan kulit luar yang lembut, ditambah pula dengan filling yang gebu, memang setiap gigitan tu nikmat betul.

Ramai yang fikir nak buat creampuff ni susah. Korang tahu tak, dia jadi susah bila korang derhaka dengan resepi je. Kalau korang ikut resepi elok-elok memang cantik je kejadiannya.

Jadi untuk resepi mudah creampuff, jom buat ikut cara Nuralia Idayu ni. Resepi mudah creampuff gebu gebas paling nikmat namanya.

Filling untuk creampuff

Bahan:

  • 1¼ cawan fresh milk
  • 2 biji kuning telur
  • 3 s/b tepung jagung
  • 1 s/b tepung gandum
  • ¼ cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
  • ¼ s/k garam
  • 1 s/k vanilla essence
  • 2 s/b unsalted butter
  • 1 cawan non-dairy whipping cream

Cara penyediaan:

  1. Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu.
  2. Panaskan fresh milk (letak dalam periuk laaa), tak perlu sampai menggelegak pun.
  3. Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.
  4. Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana.
  5. Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.
  6. Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.
  7. Agak-agak dah nak dekat 2 jam tu, boleh lah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang & gebu.
  8. Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit. Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti.

Untuk puff

Bahan:

  • 1 cawan air
  • ½ cawan butter
  • 1 s/b gula
  • ¼ s/k garam
  • 1 s/k vanilla essence
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3-4 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana. Jangan laa api tu macam nak goreng ayam.
  2. Letakkan vanilla essence.
  3. Tuang semua tepung gandum sekaligus.
  4. Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit je.
  5. Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan letak sekaligus. Letak sebiji, mix. Then repeat. Sis guna 3 biji telur. Based on size telur tu lah.
  1. Adunan akan jadi berkilat & tak terlampau pekat/cair. (Lupa amik gambar)
  2. Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai. 
  1. Buat la bentuk macam mana korang suka, nk buat besar ke nk buat baby size ke up to you. Bakar pada suhu 160oC 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing).

Nak tau puff korang tu successful or unsuccessful, belah tengah, dalam tu kosong. Macam “angin” je. Kalau tekan takda isi. Macam dlm gambar ni kira jadi la eh hihi..

Mudah je kan caranya? Kalau korang ikut resepi mudah gaya Cik Nuralia Idayu ni, sis rasa memang korang jadi master creampuff la.

Semangat nak buat tapi dekat mana eh nak dapatkan barang-barang ni? 

Selamat mencuba!

Sumber dan kredit gambar: Nuralia Idayu 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!