Ramai yang sangka hidangan pencuci mulut crème brulee amatlah susah untuk disediakan. Dessert klasik dari Perancis ini sebenarnya krim kastard yang permukaannya terdiiri daripada gula hangus keras.

Resepi crème brulee dari Puan Yatie Yunus ini sangat mudah untuk dicuba. Yang tak pandai baking pun jadi punyalah kalau cuba.

Bahan-bahan:

  • ¾ cawan susu segar
  • 1½ cawan heavy whipping cream
  • ¾ cawan gula
  • 8 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 7 sudu teh gula, untuk topping
  • Air mendidih untuk “water bath”

Cara-cara:

  1. Panaskan oven ke 160oC (325oF). Susun 7 ramekins kecil dalam loyang pembakar.
  2. Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biar kan suam sebentar, ketepikan.
  3. Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. 
  4. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang air fryer.
  5. Masukkan ke dalam air fryer, bakar dengan suhu 160oC selama 25 minit. 
  6. Hati-hati keluarkan dari air fryer dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling.
Kredit: Yatie Yunus

Tips tambahan: 

  1. Sediakan kastard sehari lebih awal atau awal pagi, sejukkan dalam chiller.
  2. Untuk topping, taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard di permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” 3 – 5 sehingga gula bertukar keperangan.
  3. Kalau tak ada kitchen torch, boleh taburkan gula bila dia dah masak dan masak sekali lagi dengan suhu 200oC dalam masa 5 minit. Tak dapat kerak macam crème brulee biasa dekat atas tu tapi jadila ada rasa manis-manis.

Siap! Crème brulee anda sedia untuk dihidangkan. Makan sejuk-sejuk lagi dating feel dia tau.

Jangan lupa cuba dan kongsikan dengan kami hasilnya. Selamat mencuba!

Sumber: Yatie Yunus 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!