“Dulu kau pun masa kecil mak bagi minum air kosong, elok je.”

Kredit: YoY Cart

Golongan mak-mak mesti selalu dengar ayat ni kan? Mungkin air kosong sangat baik untuk orang dewasa, tetapi bukan bagi bayi. Air kosong boleh dikatakan sebagai ‘racun senyap’ buat malaikat kecil ini.

Ramai yang terkeliru nak ikut cakap doktor ke cakap mak yang dah lama makan garam daripada kita.

Hello Doktor pernah mengulas isu ini. Kata beliau susu badan ibu sudah mengandungi 80% air, jadi bayi tak perlu pun air masak sebenarnya.

Lagi pun air susu ibu lagi banyak kandungan nutrien untuk bayi jika dibandingkan dengan air kosong yang tiada nutrisi. Khasiat susu ibu tiada tandingan walaupun adanya susu formula atau vitamin tambahan, cukup semuanya.

Kredit: Hello Doktor

Untuk membesar dengan sihat dan bijak, bayi perlukan nutrisi yang cukup. Jadi bila bayi menangis, amalkan bagi susu badan, bukannya sumbat dengan puting kosong.

Kalau beri susu formula, jangan ikut suka je ubah sukatan air. Kalau susu terlampau cair, nanti bayi akan cepat kenyang dan tak mampu nak minum habis. Masa ni nutrisi yang masuk dalam badan bayi tak cukup.

Nampak macam tak bahaya, tapi sebenarnya bayi boleh meninggal dunia akibat daripada water intoxication.

Sebabkan buah pinggang mereka belum matang, maka air yang berlebihan akan menyebabkan badan mereka memasuki keadaan hyponatremia dan ianya boleh menjejaskan fungsi otak bayi.

Kredit: Mom Loves Best

Kalau nak beri juga, doktor kata tunggu bayi dah umur 6 bulan ke atas. Itu pun ada hadnya.

Boleh bayangkan bila susu badan yang ada kandungan air 80% kita dah beri, top up lagi dengan air kosong yang tiada nutrisi tu?

Bila berlakunya keadaan ini, garam sodium dalam darah bayi akan cair. Bila sel otak bayi terdedah kepada darah cair, ianya akan mengembang dan bayi berdepan risiko terkena sawan tau.

Jangan main-main. Jangan sebab kecuaian anda, anak-anak yang tak tahu apa-apa jadi mangsa.

Kredit gambar utama: The Independent