Sup cendawan memang sesuai dimakan pada bila-bila masa. Nak makan masa sarapan atau lunch boleh, nak jadikan dessert pun tak ada masalah. Kalau nak tahu sup cendawan ni nampak je macam makanan ringan, tapi bila dah dipadankan dengan roti terutamanya roti garlic memang boleh mengenyangkan.
Untuk orang demam dan tak ada selera makan, sup cendawan ni memang sangat sesuai dihidangkan. Biar suam-suam sikit rasa dekat anak tekak tu bila tak berselera nak makan nasi.
Nak buat sup cendawan ni tak susah pun. Hanya ada beberapa bahan dan guna 2 langkah je. Tak percaya?
Jom tengok resepi mudah sup cendawan lemak berkrim daripada Puan Nurhayati ni di group Masak Apa Hari Ini (MAHN) yang bahan-bahannya boleh dapat dengan mudah kalau korang ke pasar raya, pasar borong dengan pasar.
Bahan-bahan:
- 1 pek cendawan shitake & 1 pek cendawan butang (yang segar)
- 2 biji bawang holland
- 1 labu bawang putih
- 4 kiub pati ayam
- 1 liter susu kotak (full cream)
- Serbuk lada hitam
- Italian herbs/ oregano
- Garam & lada sulah
- Butter
- 3sb tepung gandum
- Air secukupnya
Cara penyediaan:
- Hiris cendawan, cuci dan toskan. Potong dadu bawang holland dan bawang putih. Panaskan butter, tumis semua bawang hingga layu. Masukkan cendawan dan lada sulah. Masak hingga lembut. Bila cendawan dah lembut, keluarkan air, masukkan tepung gandum sikit-sikit dan kacau hingga sebati sampai tepung berubah warna. Tutup api dan sejukkan.
**Klau nak masak tepung asing pun boleh. Panaskan butter, bila dah cair masukkan tepung gandum sikit-sikit, sentiasa kacau hingga tepung sebati dengan butter dan masak. Kemudian boleh masukkan dalam cendawan sedikit demi sedikit hingga jadi sedikit pekat. Boleh tutup api dan sejukkan.
- Cendawan yang dah sejuk dimasukkan dalam blender dan kisar hingga halus. Masukkan semula bahan kisar ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan susu dan air ikut kepekatan yang diingini. Masukkan juga serbuk lada hitam, kiub pati ayam, Italian herbs dan perasakan dengan garam secukupnya. Saya masukkan juga cendawan dalam tin yang dicincang kasar untuk tekstur sup yang lebih sedap dan menarik. Didihkan sebentar dan siap untuk dimakan.
Menurut Puan Nurhayati, untuk sukatan ni boleh dapat lebih kurang 3 liter sup cendawan. Jadi resepi ni sesuai untuk yang nak buat makan ramai-ramai. Kalau nak buat dalam amaun yang sikit, kena pandai-pandai agak sukatan.
Tak percaya lagi dengan 2 langkah je korang dah boleh dapat sup cendawan yang lemak berkrim ni? Jangan buang masa, cepat cuba resepi ni dah kongsikan hasilnya dengan kami. Mesti seisi rumah suka. Tambah pula bila hidang roti garlic. Dah macam makan dekat Pizza Hut.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurhayati
Kredit gambar utama: Real Food