Dekat Malaysia, menu ayam mandy antara salah satu menu dari Yaman yang jadi kegemaran rakyat Malaysia. Sebab lengkap semua nutrisi, sihat dan sangat puas dimakan.

Paling nikmat bila makan ramai-ramai, terasa keakrabannya dengan makan nasi mandy ni.

Jadi hari ni sis nak share satu resepi mudah menu lengkap set ayam mandy daripada puan Nurul Ateekah. sangat sedap kalau uols buat untuk hidangan famili. memang thorbaek lah! Yang ini resepi untuk 8-10 orang makan tau.

Rempah Nasi Mandy @ Kabsah:

  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar kayu manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar buah pelaga
  • 1 sudu kecil bunga cengkih
  • 1 biji limau kering
  • 1 biji buah pala kering /nutmeg
  • 1 helai daun salam/bayleaves
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara penyediaan Kabsah:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali (tanpa minyak) sagaikan dengan api perlahan, sagaikan selama 10 minit dan sehingga naik bau.
  2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam tempat pengisar kering/atau blender kering… kisar sehingga halus.
  3. Simpan ke dalam tempat yang bertutup.

Bahan-bahan nasi mandy:

  • 4 pot beras basmati
  • 1½ pot air x 4 (sebanyak 4 kali diulang) air rebusan kambing/air biasa
  • Kambing atau ayam
  • 3 sudu besar minyak sapi 
  • 1½ sudu besar rempah nasi mandy 
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu@dihiris)
  • 2-3 batang cili hijau 
  • 10 ulas bawang putih 
  • 1-2 keping bay leaves/daun salam 
  • 1 biji limau kering 
  • 1 batang kayu manis 
  • 2 biji bunga cengkih 
  • 2 biji buah pelaga 
  • Akar daun ketumbar (2 pokok)
  • 1 kiub ayam@daging

Bahan hiasan nasi:

  • Daun ketumbar
  • Kismis
  • Bawang goreng
  • Kacang gajus/badam

Cara penyediaan nasi mandy:

  1. Rendam beras basmati selama 20-30 minit dan toskan
  2. Sediakan kuali atau periuk besar
  3. Panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, limau kering, daun salam, cili hijau, bawang putih, bawang merah, kiub ayam@daging dan rempah, masak sehingga naik bau.
  1. (Rice cooker) Masukkan beras dan air mengikut sukatan yang betul. (Saya menggunakan 1½ pot air rebusan sebanyak 4 kali) Kalau nak guna air biasa pon boleh.
  2. Perasakan dengan garam jika perlu.
  3. Masukkan daging kambing yang dimasak sekali dengan kuahnya (pastikan kambingnya empuk)

***JIKA MENGUNAKAN AYAM, AYAMNYA PERLU DIBAKAR, TIDAK PERLU DIMASAK BERSAMA KUAH

  1. Tekan butang  periuk nasi dan biarkan ianya masak sempurna.
  2. Lepas 10 minit nasi sudah masak, lubangkan kepada 4 bahagian,masukkan pewarna oren@kuning (agak2), biarkan seketika  dalam 5 minit dan gamburkan nasi perlahan2 agar nasi nya tidak patah.
  3. (Bakar arang) Sediakan aluminium foil dan letakkan minyak ke dalamnya dan masukkan arang yang telah di bakar tadi (Bakar di atas api dapur), tutup periuk nasi biarkan ianya diasap selama 5-10 minit.
  4. Taburkan kacang,kismis,daun ketumbar dfan bawang goreng, angkat nasi dan sedia untuk dihidang.

Untuk perapan ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu besar rempah mandy
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • ½@hujung sudu kecil pewarna oren atau kuning
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara penyediaan ayam perap:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas, ratakan kesemuanya. Dan sapukan kepada ayam. (sapu rata dan biarkan ianya paling kurang 1@2 jam.)
  1. Panaskan oven. Bakar pada suhu 220oC (25-40 minit).
  2. Bila ayam dah masak, minyak ayam jangan dibuang… taburkan pada nasi yang telah dimasak di dalam rice cooker (jika mahu).

Cara penyediaan kuah sup:

  1. Panaskan minyak, tumiskan ½ biji bawang besar (dihiris), 6 ulas bawang putih, 3 batang cili hijau, 1 sudu kecil rempah Mandy, 1 kiub ayam, garam(jika perlu). Masak sehingga mendidih dan secukup rasa (masukkan sedikit kunyit jika perlu)
  1. Boleh letak kentang atau lobak merah (jika mahu)

Cara penyediaan sos salata:

Bahan-bahan:

  • 4 biji besar tomato
  • 5 biji cili hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar daun ketumbar (dihiris)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 5-6 sudu besar air masak (jika perlu)

Kisar semua bahan sehingga hancur, letak ke dalam mangkuk, siap untuk dihidang.

Cara penyediaan salad/sayur:

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 biji timun dipotong dadu
  • 1 biji lobak merah dipotong dadu
  • Daun ketumbar – hiris 1 sudu besar

Gaulkan kesemua bahan dan letak ke dalam mangkuk, siap untuk dihidang.

Mungkin uols nampak macam renyahnya nak buat nasi mandy ni. Tapi ketahuilah bila dah siap nanti, ini salah satu nikmat yang tak terkata tau. Sedap dia memang sampai menjilat jari lah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

Kredit resepi dan gambar: Nurul Ateekah