Jika korang peminat agar-agar, resepi agar-agar lumut gula merah ni memang wajib korang cuba. Tak terasa manis sangat, agar-agar lumut gula merah ni memang layan kalau dimakan sejuk-sejuk. Sedar tak sedar, boleh habis satu tray hadap sorang-sorang.

Nak buat memang sangat mudah. Jom tengok perkongsian resepi daripada Puan Maisarah Humaira’.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah
  • 4 cawan air
  • 10g serbuk agar-agar 
  • 1 biji telur 
  • 1 kotak santan (200ml)
  • ½ sudu teh esen vanilla
Kredit: Maisara Humaira’

Cara penyediaan:

  1. Masukkan gula merah, air dan serbuk agar-agar ke dalam kuali.
  2. Kacau sehingga gula dan agar-agar larut.
  3. Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
  4. Dalam mangkuk lain, kocakkan telur dan masuk ke dalam larutan santan tadi.
  5. Buka api sederhana, kacaukan perlahan sebelum masukkan esen vanilla.
  6. Untuk dapatkan lumut yang tebal, tak perlu kacau selalu. Kalau nak lumut nipis, boleh kacau selalu.
  7. Biarkan agar-agar mendidih sekitar 2-3 minit untuk membentuk lumut. 
  8. Padamkan api dan kacau sekejap sebelum masukkan acuan ke dalam loyang yang dah dibasahkan dengan air supaya agar-agar tak melekat pada dinding loyang.
  9. Biarkan sejuk seketika sebelum masuk ke dalam peti sejuk.

Nampak je macam banyak step, tapi sebenarnya semua mudah-mudah. 

Nampak tak punya tebal lumut dia. Kredit: Maisarah Humaira’

Selamat mencuba!

Kredit: Maisarah Humaira’
Kredit gambar utama: Jamal dan Asmahan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!