Kesedapan telur gedik yang rangup di luar, cair di tengah memang tak dapat disangkal lagi. Nikmat bila masuk mulut tu memang pergh! Tak mampu nak gambarkan.

Walaupun hanya sekadar menu telur, telur gedik ni memang susah sikit nak dibuat. Bukan apa salah buat memang tak menjadi – telur serap minyak, bahagian kuning keras atau telur hangus.

Kredit: FB Dilla Nordin

Seorang pengguna FB yang dikenali sebagai Puan Ulek Mayang dalam FBGroup Makmal (MaMa) telah berkongsikan bagaimana caranya nak masak sambal telur gedik supaya cantik menjadi. Tapi versi beliau ni telur gedik yang dimasak rebus tau bukannya goreng.

Kredit: FB Ulek Mayang

Tipsnya:

  1. Didihkan air (pastikan telur tenggelam), masukkan telur Grade A perlahan-lahan supaya tidak retak. Tutup periuk dan tunggu sehingga 6 minit. Lain grade, lain masa rebus. Mungkin lebih singkat masanya. Tu kena experimen sendiri la ye… 
  2. Cukup 6 minit, angkat dan rendam air sejuk atau biarkan di bawah air mengalir sehingga sejuk. 
  3. Kupas telur dengan lemah lembut… Pastikan betul-betul sejuk
  4. Panaskan minyak (betul-betul panas, api besar) dan goreng telur sekejap. Golek-golekkan jika minyak cetek. Sehingga kekuningan atau menggerutu. Jangan guna api perlahan, tunggu kulit menggerutu, alamatnya dalam boleh masak…
  5. Toskan dan gaul manja dalam sambal. Atau siram je. Siap.

Hasilnya:

Kredit: FB Ulek Mayang

Kalau tengok video yang puan ni rakam memang menyelerakan sungguh. Terliur!

Sambal Telur Gedik

Posted by Ulek Mayang on Isnin, 14 September 2020

Kredit gambar utama: FB Ulek Mayang