Kita kaum perempuan selalu ada masalah angin kan? Bukan naik angin sebab tengok perangai suami dengan anak-anak masa PKPB ni tau, tapi angin yang nak kentut tapi tak lepas.

Dia punya tak boleh keluar kadang tu sampai buat badan jadi lesu & lemah. Nak sedawa pun tak lepas. Seksanya! Rasa bloated sangat. Selagi tak keluar, selagi tulah korang akan rasa lemau memanjang.

Kredit: ABC News

Macam mana nak tahu yang badan korang banyak angin? 

  1. Badan rasa lesu & tak bertenaga
  2. Selalu rasa lenguh-lenguh
  3. Selalu mengantuk & menguap
  4. Rasa susah bernafas
  5. Rasa tegang dekat tengkuk dan pinggang

Masalah ni selalu jadi bila korang tersalah makan. Jadi macam mana cara nak keluarkan angin dari dalam badan ni? 

Haa, sis Yana ada caranya. Jom sis kongsi 3 resepi air paling mujarab untuk korang cuba. Confirm lepas minum ni, kerja korang lepaskan angin je sampailah korang rasa lega yang amat. Hihi.

1. Susu Halia Panas

Bahan-bahan:

  • Susu 
  • Halia

Cara penyediaan:

  1. Hiris halus halia atau tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk berisi susu.
  2. Panaskan susu yang dah dimasukkan halia tadi atas dapur dengan api kecil.
  3. Agak-agak dah menggelegak sikit, tutup api dan minum dalam keadaan suam atau panas.
Kredit: FB Nurul Diana

Tips: Lagi banyak halia korang letak, lagi padu lah angin korang nanti. Tapi jangan terlampau banyak pulak. Agak-agak ikut kuantiti susu korang tu. Minum masa panas tau sebab kalau susu sejuk, nanti rasa dia dah tak padu.

2. Teh + Lemon + Halia 

Kombinasi yang paling sis suka. Dia punya kesan tak sampai 10 minit dah boleh rasa. Kalau amalkan dalam seminggu, memang ringan gila rasa badan. Sebab minum air ni juga boleh buatkan sistem pencernaan korang berjalan lancar.

Kredit: FB Buku Resepi Ibu

Bahan-bahan:

  • Seuncang teh
  • Lemon
  • Halia

Cara penyediaan:

  1. Rendam uncang teh bersama hirisan lemon dan halia.
  2. Kalau nak manis, boleh tambah madu sikit. Minum dalam keadaan air masih suam atau panas.

3. Bawang putih + Serai

Kalau korang lalu, boleh je terus makan bawang putih yang dah dibakar macam tu je. Tapi sebab sis tak mampu nak telan rasa bawang putih tu, sis rela minum air bawang putih. Kesan dia sama je.

Kredit: Breaking The Impossible

Nak lagi sedap, letak serai. Bau dia memang wangi lepas tu. Nak minum pun rasa berselera je.

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Serai
  • Madu

Cara penyediaan:

  1. Rebus bawang putih dan serai yang dah ditumbuk kasar dalam periuk atas api kecil. Bawang putih tu korang boleh pilih nak tumbuk ke nak potong halus. Kalau potong halus nanti bila dah rebus dia jadi lembut sikit. Nak kunyah pun senang.
  2. Bila dah menggelegak, korang boleh sejukkan sikit dan minum. Kalau rasa tak mampu telan, boleh je korang tambah madu supaya rasalah sikit manis-manis.

Sis yakin kalau korang amalkan minum air ni sebelum tidur dengan bangun pagi, memang korang akan rasa lebih bertenaga sebab semua toksin dalam badan dah korang buang sama ada melalui angin atau pun pencernaan.

Tak payah tunggu seminggu, sis bagi 3 hari je. Mesti jadilah. Kalau korang konsisten amalkan, bukan sekadar angin je korang akan buang. Siap dengan lemak-lemak degil korang pun boleh cair tau.

Kalau nak tahu menjadi ke tak, kenalah cuba kan? Jadi, selamat mencuba!

One thought on “3 Air Mujarab Buang Angin Dalam Badan

Comments are closed.