Selalu baca atau dengar kat berita pasal kes isteri kena pukul, pekerja wanita kena sexual harassment atau perempuan kena body shaming atau buli kat sosial media. Camner nak buat kalau kena kat diri sendiri?
Mommy Jay memang sensitif skit bila bab penganiayaan fizikal dan mental pada sesama wanita ni. Geramm jer bila nampak posting atau berita yg berkaitan dengan benda ni. Lagi marah bila yg buat tu wanita jugak (ni biasa pasal body shaming atau name calling yer).
Meh Mommy Jay share cara camner nak ajar org2 yg tak reti adab ni, terutama sekali kat sosial media. Jgn mentang2 pakai fake account, boleh buat sesuka hati.
Keganasan rumahtangga
Ini melibatkan penderaan fizikal dan juga mental yer. Kalau didera secara fizikal, Mommy Jay harap wanita tak berdiam diri jer. Bukan lawan balik, tapi bijak sikit. Buat laporan polis. Ini bukan kes tak sayang, tapi biasanya pasangan yg bertindak ganas ada kecenderungan utk ulang balik apa yg diorg buat. Jadi utk keselamatan diri dan anak-anak, ini adalah jalan terbaik. Ini juga boleh dijadikan bukti di mahkamah sekiranya keadaan jadi lebih teruk. Jgn lupa untuk beritahu dan minta bantuan dari ahli keluarga yg lain. Kalau mereka tak dapat membantu, boleh lah dapatkan bantuan guaman atau hadir sesi kaunseling.
Kita sebagai wanita ni perlu tau untuk lindungi diri dari jadi mangsa panas baran atau pengabaian hak yg biasa dilakukan oleh pasangan. Jgn biar anak pulak jadi mangsa sebab kita tak boleh nak stand for ourselves.
Buli Siber
Mommy Jay sarankan korg cuba kaedah SKIPS ni kalau berhadapan dengan pembuli siber.
Kalau korg rasa nak bersuara lawan pastikan ayat nak balas tu bernada tenang, jgn terikut2 emosi sebab orang lain pun turut baca jugak interaksi antara korg. Jgn lupa utk screenshot dan simpan sebagai bukti. Kalau tak takut diorg pulak yg play victim…ha payah. Kalau teruk sgt boleh la buat report.
Gangguan seksual
Fuhh, part yg ni Mommy Jay selalu berapi bila tau. Baru jer jadi kat kawan Mommy Jay aritu. Tengah sedap2 shopping tau-tau kena raba! So ladies, kalau perkara ni jadi kat korang Mommy Jay nasihatkan supaya buat perkara ni. Satu, jgn keluar sorang. Selalu make sure ada teman tau. Pasal pervert selalu ambik kesempatan bila kita sorang. Dua, JERIT kuat-kuat! Cara tu akan buat org sekeliling alert dengan apa yg jadi. Kalau boleh ambil gambar pemangsa supaya boleh buat laporan lepas tu.
Kalau kena kacau kat tempat kerja pulak, korg jgn diam jer. Kena beritahu pada pengurus sumber manusia dan juga simpan bukti kalau ada untuk laporan polis.
Ladies, Mommy Jay harap kita tak jadi mangsa yer. Kena selalu berjaga-jaga dan persiapkan diri mana tau kena berhadapan dengan individu ‘sakit’ yg suka kacau hidup org lain. Apapun, stay safe yer.
Kredit gambar utama: freepik.com