Selalu dengar orang buat sup cendawan je kan bila anak-anak tak ada selera nak makan. Apa kata ibu-ibu kalau tak tahu nak masak apa, cuba masakkan sup labu buat keluarga.

Jangan risau, mesti anak-anak suka punya sebab sup labu ni lebih manis daripada sup cendawan, tapi manis dia original dari labu dan ditambah dengan beberapa bahan lain yang dan bukannya gula.

Ada sesetengah ibu risau nak bagi anak-anak makan gula kan? Resepi ni memang sesuailah untuk ibu-ibu yang jaga pemakanan anak-anak. 

Jom tengok resepi mudah creamy pumpkin soup atau sup labu berkrim hasil perkongsian daripada Keroroyz Royz ni. 

Creamy Pumpkin Soup – Hidangan untuk tiga orang

Bahan-bahan:

  • 200g labu manis – dipotong dadu
  • ½ biji carrot atau 1 biji kentang – dipotong dadu
  • 200ml cooking cream/whipping cream/susu segar
  • 4 biji cendawan butang dihiris (pilihan)
  • ½ biji bawang besar dicincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 2 cawan air atau 2 cawan air rebusan ayam
  • 2 sdm tepung gandum
  • 1 kiub ayam (optional)
  • 1-2 sdm butter
  • Garam & lada hitam secukup rasa 
Kredit: Keroroyz Royz

Cara penyediaan:

  1. Panaskan butter, tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi, masukkan tepung kacau hingga tepung menjadi keperangan. 
  2. Masukkn carrot/kentang & labu gaul rata, kemudian masukkan air & masak hingga carrot/kentang & labu menjadi lembut.
Kredit: Keroroyz Royz
  1. Bila dah lembut masukkan kiub ayam, garam, lada hitam, kacau sebati. Kemudian balancekan rasa, tutup api & sejukkan sebentar.
  2. Kisar bahan tersebut bersama cream/susu hingga halus & tidak berketul.
Kredit: Keroroyz Royz
  1. Tuang semula didalam periuk dan didihkan bersama cendawan (jika ada) dan tambah air jika perlu. Tapi western soup memang sedap pekat. Hidangkan dengan french loaf, garlic bread atau roti putih biasa. 

Tip bonus resepi masak mudah dan cepat sup labu berkrim:

Boleh masukkan isi ayam, sayuran lain atau kekacang ikut selera memasing. Seeloknya guna heavy cream (cooking/whipping cream) jadi tekstur sup akan lebih creamy. Boleh topping dengan kekacang, croutons atau cheese.

Kredit: Keroroyz Royz
Kredit: Keroroyz Royz

Mudah je kan? Campak-campak semua, tiba-tiba eh dah siap. Sesuai sangat kalau dijadikan menu makan malam masa hujung minggu. Makan sambil layan tv pun syiok.

Bahan-bahan pun senang nak dapatkan, sama ada pergi ke pasar borong, atau kedai runcit.

Apa lagi, selamat mencuba!

Sumber: Keroroyz Royz 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!