Orang Malaysia kalau masak tak ada bawang memang tak sah. Semuanya kena berbawang supaya masakan jadi lebih sedap dan berbau wangi. Tapi masalah bawang ni satu je. Asal potong je menangis.
Kalau sebiji dua tu mungkin okeylah. Ni bayangkan kalau dah sampai sebakul kena potong. Tak ke banjir air mata dibuatnya?
Jadi hari ni sis nak share sikit tips yang memang berkesan untuk korang amalkan bila nak potong bawang. Confirm boleh rilek je lepas ni.
1. Sejukkan bawang
Sebelum potong bawang, korang boleh cuba simpan dulu bawang yang belum dikupas paling kurang 20 min dalam peti ais. Dalam keadaan sejuk, tindak balas gas yang sebabkan mata pedih agak lambat. Jadi tak adalah korang buat drama sinetron nanti.
2. Gunakan air
Lepas kupas bawang, cuba rendam bawang dalam air ais beberapa minit sebelum potong bawang macam biasa. Tips ni sama je macam sejukkan bawang dalam peti, cubanya kalau korang nak guna cepat bolehlah buat macam ni.
Kalau korang rasa rendam dalam air ais tu macam renyah, korang boleh try potong juga bawah air yang mengalir untuk hilangkan gas pedih.
Atau rendam sekejap dalam air panas mendidih lepas tu tos dan kupas bawang macam biasa. Tapi tips rendam dalam air mendidih ni korang buat bila korang memang nak masak guna bawang tu terus tau. Kalau korang buat dekat bawang yang korang nak guna nanti, sis risau rosak bawang tu nanti kalau dibiarkan.
3. Buka kipas
Tips ni memang berkesan. Sambil korang kupas bawang tu, buka kipas dan halakan ke bawang tadi. Bila kena angin, gas tadi akan pergilah ke tempat lain ikut angin kipas dan bukannya mata korang.
4. Gunakan pisau tajam
Pisau tajam ni bukan je mudahkan kerja korang tapi juga sebenarnya berkesan bantu kurangkan gas dari bawang. Psss, mungkin juga sebab kerja jadi laju kot tu yang bawang tak sempat naik serang mata.
5. Gigit batang mancis
Pelik tapi benar uols. Gigit batang mancis boleh buat korang tak menangis masa potong bawang! Sis tak tahulah siapa pemula kepada idea bernas ni, tapi memang berkesan dan sis pun dah cuba.
Kalau ikut logik sis mungkin batang mancis yang kita gigit tu sempat serap gas dulu kot. Tu yang mata tak pedih. Sis terbayang kalau kat rewang, ramai-ramai potong bawang sambil gigit batang mancis, dah rupa macam makcik Kung Fu Hustle masing-masing. >.<
Lagi satu tips yang pelik tapi benar yang ada orang share dengan sis ialah kunyah chewing gum. Yang ni sis tak pernah cuba. Kalau korang suka chewing gum mungkin boleh cuba dan bagitahu betul ke menjadi tips ni.
Setakat ni sis share 5 je sebab ini yang selalu sis amalkan. Kalau korang ada tips lain yang rare, bolehlah share share dengan pembaca Sinaran Wanita yang lain. Tak rare pun boleh share jugak. Sharing is caring, kan.
Lepas ni dah tak payah berdrama bila nak potong bawang. Melainkan korang potong bawang sambil layan cerita Hindustan, tu tak apa nak menangis. Haha, selamat mencuba gais.