Sebelum kenal spageti, mi lidi adalah makanan yang femes masa kecik-kecik dulu. Kalau waktu rehat, mesti ada mak cik kantin masak mi lidi goreng ni.
Tekstur dia yang kenyal buatkan dia lain daripada mi biasa sampaikan digemari semua lapisan masyarakat.
Untuk gamit semula memori korang, jom kita cuba resepi mi lidi goreng yang sangat simple daripada Cik Sue Zakaria ni.
Bahan-bahan:
- Mi lidi – rebus sampai agak-agak lembut
- lada kering – kisar/potong halus
- 1 labu bawang merah – kisar/potong halus
- 3 ketul bawang putih – kisar/potong halus
- udang
- ayam
- bebola ikan
- sawi
- taugeh
- sos cili
- sos tiram
- kicap manis
- gula
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Bila dah naik bau & pecah minyak, Masukkan bebola, udang dan ayam. Kalau rasa kering sangat boleh tambah air sikit.
- Agak-agak bahan tadi dah masak, masukkan sos tiram, sos cili, kicap & gula. Sebatikan sebelum letak sayur dan mi lidi. Garam tak payah letak sebab dah ada kicap.
- Kacau sebati, biarkan sekejap dan angkat.
Mudah je kan? Bolehlah korang cuba juga nanti buat sendiri. Hidang sekali dengan keropok ikan kering. Mesti licin punyalah anak-anak perabihkan.
Selamat mencuba!
Kredit gambar: Cik Sue Zakaria