Selalu korang rebus jagung hanya dengan air dan garam je kan? Apa kata kita ubah sikit stail rebus jagung supaya lebih sedap nanti bila makan? Yang penting kalau anak-anak yang tak suka pun boleh jadi sukalah kalau guna cara ni.
1. Tambahkan gula
Untuk naikkan lagi rasa jagung, korang boleh try campurkan gula masa rebus tu nanti. Kalau nak ada rasa lemak masin manis, haa masukkan sekali garam sikit secukup rasa. Lepas dah siap nanti, memang umppppphhh!
2. Susu pekat + Mentega
Kalau beli jagung dekat pasar malam, ramai yang pilih jenis cup kan? Walaupun harga dalam cup tu lebih mahal daripada yang tongkol tu. Jangan tak tahu, korang pun boleh buat sendiri, sebiji rasa macam tu.
Caranya mudah je, lepas korang dah rebus jagung dengan air biasa, korang boleh rebus semula dengan dengan sedikit susu cair, susu pekat, mentega, gula dan garam secukup rasa.
Tapi pastikan masa korang rebus jagung yang first tu tak masak sepenuhnya tau. Sebab kalau korang rebus semula dengan bahan-bahan tadi rasa jagung korang dah tak best rasa dia sebab overcooked.
Kalau korang nak rasa cheesy sikit, bolehlah masukkan keju. Air tak payah banyak masa rebusan kedua pun okey.
Selain daripada cara dekat atas, korang ada cara lain tak nak buat jagung rebus lagi sedap? Haa, bolehlah share dengan sis dekat komen FB Sinaran Wanita tau.
Yang baru tahu tu, selamat mencuba!