Hai ladies! Dua tiga hari ni ade jer posting wifey-wifey tinggal kasut atau mainan anak dalam kereta lalu kat wall Mommy Jay. Alasannya untuk elak suami masing-masing kena sondol! Tak kisah la apa pun alasan si isteri buat cam tu tapi bab sondol menyondol tu cam tak berapa manis kut nak pakai. Kalau suami korg memang jenis gatal, letak bra dlm kereta pun tak boleh nak ubah perangai tu. Kita ni sesamer perempuan, kenapa nak mem’babi’kan satu sama lain.

Iya, Mommy Jay tau perempuan yg cuba cross suami org tu tak elok, tapi kita kan diajar utk percaya takdir. Terima qada’ dan qadar yg dah tertulis. Kalau bab lain pandai pulak korg bagi ceramah cam ustazah dari Al-Azhar. Tapi bila masuk bab poligami, semua hilang akal.

Ingat skit, suami tu bukan hak milik mutlak kita. Dia sekadar pinjaman! 

A picture containing person, indoorDescription automatically generated

Kan lebih elok kalau kita dan pasangan semarakkan kasih sayang antara satu sama lain setiap hari. Perasaan curiga pada pasangan kalau tak dibuang jauh-jauh boleh jadi toksik tau. Makan dalam uols! Mula-mula syak, lepas tu start tuduh menuduh pulak. Dari takde masalah sampai boleh jadi gaduh besar. Kalau keadaan dalam rumah dah ‘panas’ jgn salahkan perempuan lain sondol suami. Cermin balik diri.

Ini 4 perkara yg uols (termasuk Mommy Jay) kena selalu ingat:

Ingat bidang kuasa isteri

Kita sebenarnya tak payah nak siasat ke mana suami pergi, apa yg suami buat kat luar rumah. Tak payah nak soal siasat suami dgn soalan-soalan yg tak sedap didengar. Tugas kita adalah melayan suami dgn sempurna, jaga makan minumnya, cakap dgn lemah lembut, senangkan hatinya dan berhias utknya. Isteri yg berkerjaya tak terkecuali.

Kalau cakap dengan suami pun terjerit2 macam nak gaduh, penampilan tak jaga, dapur tak pernah berasap, baik renungkan balik.

Tak perlu tanya atau bangkitkan perkara yg boleh jadi sebab bergaduh

Banyak pasangan bercerai bila nafsu amarah suami diapi-apikan. Sapa punya kerja? Si isteri la. Setinggi mana pun ego perempuan, ego lelaki lebih tinggi. Kalau dah tahu soalan tu akan buat kita bergaduh ngan suami kenapa nak tanya lagi? Bukan tak boleh, tapi nada soalan tu kena betul. Kalau tak, memang peranglah jadinya.

Satu lagi, timing nak tanya soalan pun kenalah betul. Ini org balik kerja panas2, isteri terus serang dengan soalan yang tertubi-tubi. Tempah kena jerit namanya tu. 

Bukan tak boleh tegur kesalahan suami, tapi isteri kena berhemah. Kita kan nak perbaiki hubungan rumahtangga, bukan nak putuskan semua.

Tutup rapat aib suami. Ini jihad isteri

Kalau isteri sedar sikap suaminya diluar rumah kurang baik, tak perlu jaja ceritanya. Takut nanti termakan hasutan org luar. Boleh porak peranda rumahtangga.

Jodoh, pertemuan, perpisahan, kebahagian dan penderitaan adalah hak Allah

Sekeras mana pun kita cuba halang suami dari ada perempuan lain, kalau dah Allah takdirkan jodoh mereka, siapa kita nak menidakkan semua tu.

So ladies, Mommy Jay harap kita semua dapat jadi isteri yg baik. Tak perlu rasa insecure bila suami takde dgn kita. Kalau kita ikhlas dan benar2 sayang, dia pun akan rasa yg sama. Kita mungkin tak mampu nak halang perempuan suka kat suami kita, tapi lebih baik kalau kita tak jadi alasan kenapa suami cari lain. Good luck ladies!

Kredit gambar utama: unsplash.com