Chicken curry pie ni memang sedap. Bukan takat budak-budak je yang suka, tapi orang tua pun sama.

Nak pulak pekena masa panas-panas hidang dengan teh kosong. Fuh, sis cerita ni pun dah buat sis telah air liur tau.

Kalau korang nak tahu, nak buat chicken curry pie ni senang je bila ikut resepi Puan Norhidayah Mohd Aripin ni. Hanya guna beberapa step then tadaaaa dah siappp!

Untuk Chicken Cornish:

Doh: 

  • 500 gram tepung gandum
  • 250 gram butter (salted)
  • ½ sudu kecil garam (optional, sebab butter dah masin) 
  • 13 sudu besar air 
  • Mix herb
  • Kuning telur – *disapu dan ditabur pada bahagian atas pastri

Cara penyediaan:

  1. Ayak tepung dan garam halus. Masukkan butter sudah didadu.
  2. Gaul sehingga jadi seperti serbuk roti.
  1. Tambah kan air sebanyak sukatan di atas, biasanya masih berderai dan crack bila dicanai.

Chicken Cornish **************Doh : 500 gram tepung gandum250 gram butter (salted)1/2 sudu kecil garam (optional,…

Posted by Norhidayah Mohd Aripin on Friday, March 27, 2020
  1. Timbang, tak nak timbang boleh je. Timbang sebab nak uli senang.
  2. Guna plastik yang keras sikit buat lapik masa canai.
  3. Dah canai, tekap dengan mangkuk atau apa apa yang bulat. Jangan ambik kepala anak sudah. Potong tepi tepi.

Tips: Elakkan canai sebiji, buang lebihan tepi. Lepastu, ambik balik lebihan tu campur dengan doh baru, canai lagi. Yang ni akan buat doh korang keras tahap ICU. Sebaiknya, bulatkan siap siap macam step timbang kat atas nun.

Inti:

  • 2 biji kentang didadu kecil
  • 2 mangkuk isi ayam rebus dan dicarik halus 
  • 3 sudu besar bawang merah dan bawang putih yang siap kisar
  • Kulit kayu manis 
  • Bunga lawang 
  • Buah pelaga 
  • Serbuk kari Baba’s secukupnya 
  • 1 kiub ikan bilis (optional)
  • 200ml santan  

Cara penyediaan inti:

  1. Masak macam masak kari biasa sampai kuah kering dan pekat.
  2. Bentukkan doh tadi dalam bekas. Then isilah inti sampai penuh.
  1. Lepas tu boleh anyam gaya dekat bawah ni.
  1. Bila siap anyam boleh sapu kuning telur dan bakar guna suhu 180 darjah. Tapi panaskan oven dulu. Suhu tu boleh ikut jenis oven korang.

Dah siap! 

Konfem kalau korang buat ni bukan takat anak-anak je teruja tengok, dengan mak pak pun sama naik excited.

Selamat mencuba!

Sumber dan kredit gambar: Norhidayah Mohd Aripin