Setelah sekian lama, budak-budak pun dah mula bersekolah dengan norma baharu. Dan kebanyakan mak-mak ni yang risau akan sediakan bekal untuk anak-anak yang pergi bersekolah.
Tapi, kalau menu biasa hari-hari pun bosan jugak kan? nak hiburkan anak-anak, apa kata mak mak cuba menu yang lain daripada lain tapi masih kena dengan tekak anak-anak iaitu Vietnam Spring Roll.
Kalau nak tahu, memang senang je nak buat. Jom cuba resepi dari Cik Ain Seminit Resepi ni:
Bahan-bahan:
- Udang
- Isi ketam
- Salad
- Lobak merah
- Timun
- Enoki
- Mayonis
- Sos pencicah thai
- Rice paper
- Suhun
Cara penyediaan:
- Rebus terlebih dahulu udang, isi ketam, enoki dan suhun.
- Hiris halus lobak merah, timun dan salad.
- Apabila semua bahan sudah tersedia, bolehlah get ready nak membalut.
- Celupkan rice paper ke dalam air, kemudian bentangkan.
- Letakkan kesemua filling dan gulung rapi.
Sedia dihidang bersama sos thai! Mudah je kan?
Vietnam spring roll ni nampak je macam ringkas tapi memang sangat mengenyangkan sebab kandungan dia yang serba cukup.
Selamat mencuba!