Selalu kita dengar orang masak gulai guna lauk dan sayur macam gulai ayam, gulai terung dan sebagainya. Tapi korang pernah dengar tak orang jadikan keropok keping tu sebagai bahan utama dalam masak gulai?
Haa la, keropok kering yang biasa kalau pergi Ganu tu memang tak boleh tak beli tu. Yang balik kita selalu buat goreng makan kudap petang tu.
Ye, jangan tak percaya. Cara masak dia sama je macam masak gulai biasa. Yang lainnya cuma bahan utamanya je. Memang sedap.
Contohnya kita ambil balik resepi gulai ikan masin yang pernah SW keluarkan dulu.
Bahan–bahannya:
- 1 inci kunyit, 1 bawang besar saiz kecil dan 4 tangkai cili api di blend atau tumbuk lumat
- 1 batang serai diketuk hujung
- 1 cawan air
- 1 mangkuk kecil ikan masin (saya guna ikan kurau)
- ½ biji nanas saiz kecil
- 1 mangkuk santan segar (dari 1 cup kelapa parut dan 1 ½ cup di blend dan perah ambil santannya sahaja)
- Sedikit serbuk perasa
Jadi korang tukar je bahan ikan masin dan nanas tu dengan keropok keping tu. Cara masak pulak tak banyak beza sangat. Step dia:
- Kisar cili api, kunyit hidup dan bawang besar
- Tumis dalam minyak panas
- Masukkan air dan santan.
- Bila dah menggelegak masukkan keropok kering dan perasakan dengan serbuk perasa.
Dan siap dan sedia untuk dihidang! Mudah je kan?
Cumanya benda paling penting korang kena jaga ialah pastikan keropok tu tak jadi terlampau lembik. Sebab jenis dia yang serap air. Hasil dia akan jadi macam dalam gambar sharing dari The Royal Satar ni.
Makan dengan telur goreng, lepas tu add on sambal belacan memang fuh! Terliur dah ni… T-T
Bukan takat masak gulai je boleh korang nak buat masak lain pun boleh lah. Macam masak asam pedas ke, ikut selera tekak masing-masing. Contoh keropok kering masak gulai putih dan tumis.
Selamat mencuba!