Kerang ni kalau dah makan, memang susah sikit nak berhenti sebab bila dapat yang sedap automatik tangan akan kupas dan makan nonstop.
Jadi buat korang yang minat kerang, ada beberapa cara yang boleh korang cuba masa rebus kerang untuk nampakkan kerang lebih segar dan tak terlebih masak.
Tak tahu macam mana nak pilih kerang segar & tak berbau? Jom baca DEKAT SINI.
- Lepas dah cuci bersih kerang, korang boleh rebus macam biasa. Cumanya sebelum masukkan kerang tu letak sikit garam sebagai penambah rasa.
- Sebelum masukkan kerang juga, korang pastikan air rebusan mendidih dulu tau. Kalau korang masuk masa air tengah sejuk, proses air untuk mendidih akan jadi lebih lama.
- Kerang tu tak perlu rebus lama. 3 minit pun dah cukup untuk masak isi kerang. Sebab tu penting untuk korang pastikan air rebusan tu betul betul mendidih sebelum masuk kerang.
- Lepas 1-2 minit, bilas kerang dengan air sejuk untuk elakkan isi kerang overcooked disebabkan haba yang terperangkap dalam cengkerang.
- Lepas tu masa kupas kerang korang boleh buang sebelah je kulit kerang untuk nampakkan kerang lagi menarik untuk dimakan. Oh lagi 1, cara ni jugak boleh prevent isi kerang daripada hancur.
Senang je kan? Paling penting pastikan kulit kerang dah bersih tau. Cara mudah nak cuci kerang korang boleh baca dekat sini: Jom Cuba Tips Cuci Kerang Gerenti Putih
Selamat mencuba!
Btw thanks sis Sheila Rusly sebab share. <3