Masalah getah melekat dekat jari masa nak sediakan bahan masakan memang biasa berlaku. Lagi-lagi bila nak siang nangka muda, pisang muda dan sebagainya. Melekat-lekat getah dekat jari sampaikan melekatlah jari dibuatnya.

Guna sabun biasa tak jalan, jadi macam mana nak hilangkan getah-getah dekat jari tu?

  1. Sebelum nak siang bahan yang bergetah, korang boleh sapukan sikit minyak masak dekat jari untuk elakkan getah melekat terus dekat jari.
Kredit: Bogor Online
  1. Lumurkan ais dekat jari. Suhu sejuk ais akan buatkan getah keras dan seterusnya mudahkan korang untuk tanggalkan getah tadi.
  2. Kalau terlupa nak letak minyak sebelum siang, atau pun tak nak bahan makanan korang berminyak, bolehlah guna minyak lepas dah siap selesaikan bahan makanan tadi.
    Minyak pulak tak kisah, korang nak guna minyak masak boleh. Nak guna minyak zaitun boleh. Nak guna minyak tanah pun boleh. Cumanya minyak tanah ni sis tak galakkan sebab bau dia kuat.
  3. Nak guna mentega pun boleh. Tapi costing sikit lah berbanding guna minyak lain.
  4. Air suam dan garam boleh digunakan untuk rendam tangan yang dah terkena getah. Biarkan dalam 3-5 minit, nanti getah akan tertanggal dengan mudah. Cuma nanti kena pakai losyen sebab garam keringkan kulit.
Kredit: Bukan Aku
  1. Guna tepung pun boleh. Caranya basahkan sikit tepung sebelum sental dekat tangan yang terkena getah. Gosok perlahan dan biarkan sekejap. Nanti getah tadi akan meresap dalam bancuhan tepung tadi tu.

Mudah je kan dengan hanya guna barang-barang yang biasa ada dekat dapur? Lepas ni dah tak adalah nak pening-pening cari sarung tangan masa nak sediakan bahan masakan yang bergetah. Sebab dah tahu cara mudah nak bersihkan.

Kalau korang ada cara lain nak cuci getah dekat tangan, bolehlah share-share dengan kami dekat Sinaran Wanita. Moga kita dapat kongsi ilmu jugak dengan orang lain.

Kredit: Resepi Koki

Oh tak lupa juga, taktik ni jugak boleh korang cuba dekat peralatan masak tau.

Selamat mencuba!