Yang suka masak mesti setuju kalau sis kata kuali adalah salah satu elemen yang akan jadikan makanan lebih sedap dan beraroma selain daripada bahan-bahan yang digunakan.

Ada orang cakap, lagi lama kuali tu lagi sedaplah masakan. Malah sebab nak makanan yang dimasak jadi extra sedap, ada yang sanggup gunakan kuali yang dipass dari generasi ke generasi.

Tapi sis terbaca satu entry sharing daripada Wan LuQman, yang tunjukkan cara jadikan kuali atau wok kita jadi lagi cepat tahan karat atau dalam bahasa mudahnya season the wok.

  1. Lepas je beli, sampai rumah boleh basuh dulu kuali daripada sebarang kotoran. Depan belakang berus dengan berus dawai dan sabun.
  1. Setkan api dapur kuat dan terus bakar semua permukaan kuali sampai nampak macam ada warna biru. Bila dah warna biru alihkan dekat permukaan lain. Jangan lama sangat dekat tempat sama, nanti yang biru tu akan jadi merah tandanya besi terlampau panas. Kesannya tak lama guna nanti kuali akan berkarat. Dah kena beli kuali baru.
  1. Lepas dah siap bakar semua permukaan, tutup api dan biarkan dalam 10 minit.
  2. Kemudian boleh lah nak test, masukkan minyak dan guna tisu dapur untuk ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali. Lepas tu bolehlah test nak goreng apa apa pun. Korang akan dapat detect bau masakan jadi lebih sedap. Boleh goreng sampai garing.
  1. Bila dah garing kaw-kaw bak kata Wan Luqman, buang bahan goreng tadi dan gunakan tisu yang sapu rata minyak tu untuk lap permukaan kuali.
  2. Dah habis lap, biarkan kejap dalam 3-5 minit untuk proses cool down sebelum bilas dan gosok guna span tanpa sabun.
  3. Lap bagi kering then panaskan sebelum titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali macam tadi.

Tips: 

  1. Bila gosok guna tisu sambil api menyala, kuali akan start berasap. Tak payah panik, tutup je api dan settle!
  1. Nanti bila nak pakai lepas ni, boleh ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali barulah guna. Proses ni dipanggil pre-season.
  2. Buat 2-3 kali pre season, korang akan dapat kuali macam dekat restoran Kak Wok tu. Confirm bila masak, bukan takat tak melekat, bau makanan pun jadi extra menggoda. Meleleh air liur kalau terbau.
  3. Untuk elak kuali cepat karat, lepas basuh terus lap kasi kering dan sapu minyak dekat keliling permukaan dia barulah simpan.

Itu je caranya. Senang kan?

Terima kasihlah dekat Wan Luqman sebab sudi share tips ni. Membantu sangat-sangat terutamanya yang baru nak belajar masak tapi takut makanan tak menjadi.

Korang jangan lupa cuba tau. Selamat mencuba!

Kredit tips dan gambar: Wan LuQman