Dutch Lady bukanlah satu jenama yang asing dalam kalangan rakyat.

Kali ini jenama yang sudah 58 tahun memegang kepercayaan rakyat Malaysia telah melancarkan kempen #DanaRM1JutaHarapan bagi membantu ibu bapa supaya dapat menyediakan asas yang kukuh demi masa depan anak-anak yang lebih cerah.

Kempen ini memberi peluang kepada 40 kanak-kanak untuk memenangi dana pendidikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM25,000 seorang yang mana jumlah keseluruhannya bawa kepada jumlah RM1 juta!

Jadi dengan kempen ini, biarpun wabak COVID-19 melanda, mereka dah tak perlu risau dan tak perlu nak berkompromi lagi untuk masa depan anak-anak.

Kempen yang berlangsung dari 5 April sampai 30 Mei 2021 ini boleh disertai dengan cara mudah:

  1. Beli mana-mana rangkaian produk susu tepung formula atau makanan pendietan berformula Dutch Lady untuk kanak-kanak bernilai RM40 atau lebih (DUTCH LADY 123, 456, 6+ atau DUTCH LADY MaxGro).
  2. Calonkan seorang kanak-kanak dengan melayari http://www.smartmoments.com.my dan muat naik resit dan gambar kreatif kanak-kanak berkenaan yang sedang melakukan aktiviti kegemarannya bersama penjelasan ringkas aspirasi anda terhadap kanak-kanak tersebut dalam 100 perkataan atau kurang.
  3. Ikuti pengumuman pemenang setiap minggu selama 8 minggu, dengan Hadiah Utama 40 Dana Pendidikan bernilai RM25,000 setiap satu daripada SSPN-i dan hadiah saguhati berupa 160 smart device!

Apa lagi, jom sertai sekarang!