Tak semua orang mampu untuk meraikan ibu-ibu mereka di hari-hari istimewa macam Hari Ibu.
Untuk menjadikan Hari Ibu tahun ini lebih bermakna, Maria’s Steakhouse dengan kerjasama NGO lokal, Dignity telah meraikan 19 ibu dan 21 anak-anak bertuah dari sekolah Dignity makan tengah hari secara percuma.
Menurut Pengarah Perniagaan Maria’s Steakhouse, Chong Ai Lee, ia adalah sesuatu yang istimewa mahu mereka lakukan untuk ibu-ibu yang melalui kesukaran terutamany semasa pandemik COVID-19 berlaku.
Selain daripada ini, Maria’s Steakhouse juga aktif dalam membantu secara bulanan untuk latihan Food & Beverage Skills di eat X, salah satu projek kafe Dignity.
Untuk ketahui apa lagi aktiviti yang dilakukan Dignity, boleh layari laman web https://dignityforchildren.org/
Selamat Hari Ibu!