Selama berdekad lamanya, kanser payu dara telah mengancam kaum wanita di dunia dan meragut ramai daripada yang menderitanya. Termasuklah di Malaysia yang mana ia merupakan kanser paling umum yang dialami wanita dan meliputi 34.1% daripada semua kanser wanita.

Dengan kadar kematian 18.4% dan merupakan punca kematian berkaitan kanser utama dalam kalangan wanita, kira-kira 50% daripada kes kanser payu dara di Malaysia disahkan bila tumor berada di peringkat lanjutan.

Kredit: National Cancer Institute via unsplash.com

Data juga menunjukkan yang jika kanser ini dapat dikesan di peringat awal, peluang pekerjaan adalah lebih tinggi. Tapi kaedah mammogram 2D yang dah lama digunakan sebagai teknik pemeriksaan standard ada kekangannya.

Antaranya ia tak begitu berkesan untuk wanita berusia 40 tahun e bawah dan mereka yang mempunyai tisu payu dara yang padat. Malah ia tak begitu sensitif dalam mengesan tumor yang kurang daripada 1mm saiznya selain daripada kesakitan yang dirasai semasa menjalani pemeriksaan.

Kredit: Angiola Harry via unsplash.com

Disebabkan itu mesin dari Regency Specialist Hospital ni mengujakan ramai kerana dengan teknologi baru, imbasan tomosinteisis dapat dibuat dengan resolusi kedalaman tertinggi dan membolehkan pengasingan tisu payu dara yang lebih baik serta berikan gambaran jelas pada bahagian yang diperiksa.

Menurut Serena Yong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Regency Specialist Hospital, pesakit yang menjalani prosedur pun tak lagi rasa tak selesa sebab instrumennya ada sisi yang lembut dan bundar dengan bentuk yang dioptimumkan untu payu dara.

Lebih cekap dan berkualiti kan?

Tahukah korang yang pemeriksaan payu dara sendiri seharusnya dibuat sebulan sekali untuk mereka yang masih ada haid dan masa yang sesuai adalah 7-10 hari selepas haid. Untuk yang dah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan.

Jika ada sebarang tanda, korang boleh terus ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.

Kredit gambar utama: Angiola Harry via unsplash.com