Buat julung kalinya, taman tema ‘belon gergasi’ dengan keluasan 28 ribu kaki kini ada di Malaysia!
Bermula 28 Mei hingga 26 Jun, mak ayah boleh bawa anak-anak beriadah di Pavilion Bukit Jalil, Plazza, Level 3. Dengan kolaborasi KKday dan Kiztopia, ada 8 istana belon dengan tema haiwan gergasi yang menarik untuk anak-anak explore!
Fakta menarik Jumptopia: Holiday Village Inflatable Park
1. Projek yang ‘diterbangkan’ sejauh 340km dari Singapura.
2. Dengan purata 150 meter persegi lebar sehingga 25 meter panjang dan 8 meter tinggi, setiap istana mampu menampung sehingga 3,500kg berat dalam satu masa.
3. Setiap istana ada reka bentuk tersendiri untuk cipta pengalaman yang berbeza dalam masa yang sama dapat membina perkembangan holistic kanak-kanak.
4. Paling menarik sesuai untuk semua umur! Mak ayah pun boleh join the fun!
Nak lebih jimat, bolehlah beli tiket dengan harga promosi RM36 sebelum 31 Mei. Harga akan kembali ke RM40 selepas itu.
Beli tiket di: [KKday Exclusive] Jumptopia Holiday Village Inflatable Park