Lepas si suami penunggang agama, Ustaz Hamadi dalam drama Nur kali ini satu lagi drama berjaya buka mata masyarakat dan membongkar sisi realiti yang ramai tak tahu.
Buka je media sosial, mesti nampak punyalah sharing pasa Nuha dan Adam ni. Menjadi betul sampaikan setiap kali episod, confirm trending dan isunya diulas. Kita yang menonton pun ikut sama membebal dan menjerit frust depan TV melihatkan perangai ‘neraka’ Adam lakonan Zamarul Hisyam.
Ramai juga yang tertanya Adam yang jahat atau Nuha yang tak bijak?
Dalam satu sharing di media sosial, Nurul Izzah Zainol ada share tentang kitaran keganasan yang menyebabkan wanita sentiasa berada dalam fasa denial yang mana mereka ni sebenarnya mangsa keganasan rumah tangga yang akhirnya pasrah dengan takdir. Sampaikan ada yang ‘take all the blame’.
Dalam kitaran ni juga ada satu fasa perangkap yang dinamakan sebagai fasa honeymoon. Fasa yang paling tipikal berlaku dalam episod keganasan rumah tangga.
Dengan modal minta maaf, rayuan, hantar bunga, janji palsu tak akan buat lagi menyebabkan wanita cair dan memaafkan. Ditambah lagi dengan sokongan ahli keluarga, hubungan pun kembali mesra.
Jangan pelik juga kitaran ini boleh berulang hingga berpuluh-puluh kali. Tempohnya ambil masa beberapa hari hingga beberapa bulan.
Bila akhirnya nasib ‘Nuha’ yang lain boleh keluar daripada perkahwinan toksik sebegini? Tiada jawapan sebenarnya. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri.
Kepada ‘Nuha’ di luar sana, sekali dua mungkin mampu memaafkan. Tapi jika kitaran ini terus berulang, sila buat laporan dan dapatkan perlindungan untuk hentikan kitaran ini. Kumpulkan bukti termasuk tarikh dan masa dan pergi dapatkan bantuan:
1. Jabatan Kecemasan (One Stop Crisis Centre)
2. Talian Nur 15999 untuk dapatkan perlindungan JKM
3. Laporan polis untuk Interim Protection Order