Berita excited untuk uols! Ijab Kabut, merupakan drama siri romantik komedi yang bakal ditayangkan melalui platform Viu bermula khamis, 13 Oktober. Dah habis dodoi anak, boleh lah curi masa tengok drama ni okie! Tambah lagi dengan barisan pelakon yang hebat-hebat belaka seperti Azira Shafinaz yang memegang watak sebagai Deanna, Fadlan Hazim sebagai Khai dan Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Mat. 

Kalau uols nak tahu, hari ini telah diadakan majlis pelancaran sidang media di Royale Chulan Kuala Lumpur tau. Siap dengan dewan majlis perkahwinan yang dihias oleh perancang perkahwinan terkenal iaitu Reka Teemor. Cantik sangat! Boleh la nak berangan kahwin tipu-tipu dekat garden New York. Bukan tu je tau, acara turut menampilkan persembahan khas oleh kumpulan wanita tempatan De Fam dengan lagu terbaharu mereka, Berubah. Lunak betul suara, 100/10 sis kasi.

Sementara tu sis nak cerita sikit sinopsis siri romantik komedi terbaru ni supaya uols boleh mendalami gitchu. Seorang penerbit muzik, Deanna (lakonan Azira Shafinaz) bercita-cita tinggi dan kompetitif, yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Senario terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka. Jadi Deanna ni memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja yang layak untuk dijadikan sebagai pengantin lelaki. Ha sampai macam tu sekali ke? 

Nak tahu betapa kabutnya kisah ni, uols jangan lupa saksikan esok ye hanya di aplikasi Viu serta lama web www.viu.com. Selamat menonton!