Bila kenduri, tugasan yang paling berchenta nak buat ialah cuci segala periuk belanga yang ada. Lebih-lebih lagi yang dimasak menggunakan api kayu. Fuh, hitam jelaga dia memang tak boleh bawa bincang!
Tapi lepas tengok pak cik ni cuci periuk, sis dah tahu dah cara paling mudah nak mencuci tanpa perlu sental kuat periuk yang ada.
Caranya mudah je. Korang hanya perlu sapu minyak pada bahagian luar periuk sebelum guna. Bila ada minyak, tak adalah jelaga melekat teruk pada periuk sampai kita kena sental.
Di ruanagan komen, korang boleh dapat banyak lagi tips untuk mudahkan proses mencuci jelaga ni. Antara yang lain ialah buat bancuhan pekat air sabun daripada sabun serbuk, kemudian basahkan periuk dengan bancuhan tadi.
Ada juga yang gunakan tepung gandum tau. Bahan-bahan ni memang mudah sangat nak dapatkan.
Buat pengantin baru, sebelum merewang bolehlah buat dulu tips ni. Nanti tak adalah menangis di belakang dalam cubaan mengilatkan periuk mak mentua.
Selamat mencuba!
Video: Facebook