Menu breakfast ni kalau boleh nak yang mudah je. Campak campak siap dan sedap. Nak siapkan tu memang effortless la kata orang.
Kalau korang jenis kena makan, tapi macam tak rajin nak keluar atau masak rancak-rancak, maybe korang boleh try resepi daripada Razzi Hajemi ni.
Bahan-bahan:
- 1 cup macaroni
- 3 batang sosej
- 2 keping cheese
- 1 kotak susu full cream
- Sedikit garam
Cara penyediaan:
- Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu butter dan sosej. Goreng sehingga nampak garing
- Lepas tu masukkan susu full cream 200mls. Biarkan mendidih
- Masukkan cheese 2 keping. Sedikit garam
- Masukkan macaroni yang telah direbus. Kacau sehingga pekat macam ni. Guna api slow je.
Dah siap!
Mudah je kan? Tak sampai 5 minit, dah boleh makan sedap macam ni. Walaupun bukan daripada air tangan cef professional, tapi sedaplah. Itu yang penting kan?
Kredit resepi & gambar: Razzi Hajemi