Segelintir golongan berpendapat kerja dekat gudang ni sesuailah untuk para lelaki, yelah nak kena angkat benda berat-berat je betul tak? Tapi realitinya, uols akan ketahui sebenarnya banyak lagi ‘role’ atau tugas lain di gudang, bukan hanya jadi buruh manual semata.
Salah satu syarikat logistik, Ninja Van Malaysia telah berdedikasi untuk kekal berpegang pada dasar dan kepercayaannya mengenai budaya tempat kerja tanpa diskriminasi dengan mengambil pekerja berdasarkan bakat dan etika kerja. Kalau uols nak tahu sehingga November 2022, lebih 28% tenaga kerja Ninja Van Malaysia adalah wanita di seluruh pasukan pengurusan dan operasi, menjadikan peningkatan ketara sebanyak 13% berbanding setahun lalu. Hebat!
Atika Sulaiman, merupakan Rakan Operasi ‘Pick-Up-Drop-Off (PUDO) di Ninja Van Malaysia telah menyatakan pendapat sebagai satu-satu ahli wanita dalam pasukannya bahawa apabila kita selesa bekerja dalam persekitaran yang pantas dan tidak ragu-ragu bekerja dalam tenaga kerja yang pelbagai, secara khususnya tiada isu pun untuk wanita bekerja dalam industri logistik. Bagi Atika, mengamalkan komunikasi secara langsung dengan rakan sekerja lelaki adalah cara yang terbaik untuk menempuh bidang pekerjaan ini.
Atikah juga berkongsi bahawa di Ninja Van Malaysia, peluang untuk pekerja belajar dan meneroka laluan kerjaya yang berbeza sentiasa ada. Dengan pelbagai jabatan dalam syarikat, pekerja digalakkan untuk terus belajar antara satu sama lain dan meningkatkan kemahiran diri melalui pelbagai latihan yang dianjurkan seperti Business Continuity training, Team Building, Business Writing programmes, dan Sales Masterclass sessions.
Melihat industri logistik semakin berkembang pesat, Ninja Van Malaysia akan memastikan dan memberi peluang yang sama bagi wanita untuk memasuki dan meneroka kerjaya logistik ini. Bak kata Atika, “Tiada garis pemisah kepada keupayaan kami sebagai wanita dalam dunia pekerjaan,”.