Pernah tak korang nampak kawan korang yang kurus tu tetaplah ada double chin atau dagu berlapis?
Nampak macam pelik, tapi dagu berlapis ni tak kira badan korang kurus ke tak. Sebab salah satu sebab selain daripada diet tinggi lemak, dagu berlapis juga boleh berlaku disebabkan oleh postur rahang yang tak betul.
Nak tahu tips macam mana nak atasi? Jom ikut petua daripada Dr Rizal Abu Bakar yang hanya gunakan cara ini.
Putih telur (2 minggu sekali/Setiap hari)
- Putih telur (2 atau 3 biji)
- 1 sudu makan susu
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan jus lemon
- Peppermint essential oil
- Campurkan bahan 1-4.
- Masukkan 2 atau 3 titis peppermint oil.
- Kacau dan sapu pada bahagian dagu, rahang sehingga tengkuk.
- Biarkan selama 30-40 minit.
Cocoa Butter (2 kali sehari: Pagi sebelum mandi, Malam sebelum tidur)
- Panaskan dalam microwave sampai cair.
- Urut pada dagu dan tengkuk selama 10 minit.
Yang penting, kena jaga makan. Elakkan makanan yang menggunakan refined carb macam tepung putih, gula putih dan nasi putih, selain daripada makanan yang diproses dan minuman tinggi gula.
Selamat mencuba.
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
Kredit gambar utama: shurkin_son via Freepik