Bukan sahaja memfailkan penceraian dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, pihak peguam pelakon Puteri Sarah juga dikatakan akan mengambil tindakan lanjut kepada isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama dua orang ahli keluarganya.
Ini kerana ketiganya termasuklah bapa dan kakak kepada Ira Kazar dikatakan telah melanggar perintah injuksi seperti yang difailkan di Mahkamah Sivil pada tahun lalu.
Menurut Datuk Akberdin Abdul Kader, prosiding menghina mahkamah akan dimulakan kepada ketiganya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan iaitu tidak boleh mendekati Syamsul.
“Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang sudah dilakukan. Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat.”
Sumber: Harian Metro