Industri vape di Malaysia semakin meluas pasarannya. Masing-masing berlumba menawarkan perisa dan packaging yang menarik supaya mendapat perhatian dan boleh meningkatkan jualan mereka.

Tapi yang menjadi kebimbangan ramai bila mana packaging yang ditawarkan terlalu child appealing; dengan design yang pelbagai warna dan menarik sehingga boleh menyebabkan remaja semakin terpengaruh.

Seperti salah satu yang sudah dikenal pasti ialah seperti di bawah. Dengan corak seakan lego, memang kelihatan comel. Kita yang dewasa pun boleh terpengaruh mahu membeli kerana coraknya yang comel itu.

Bayangkan golongan remaja dan kanak-kanak di bawah umur? Bagaimana reaksi mereka?

Jadi sebagai ibu bapa, kita memang kena lebih peka. Risau kerana design ini, anak-anak kita terpengaruh untuk vaping.

Twitter: @Fahmibinhassan