Di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], sekiranya kanak-kanak telah kematian bapa, waris dan kerabat mengikut syarak wajib membayar nafkah kepadanya berdasarkan kemampuannya yang dirasakan munasabah oleh mahkamah.
Tapi, ada sesetengah individu menjadi gelap mata seperti kisah yang dikongsikan seorang individu yang dikenali sebagai Sam di page IIUMC.
Membesar dalam keluarga yang senang, Sam diuji apabila ibu dan ayahnya kemalangan semasa bekerja. Pada ketika usianya baru berusia 11 tahun, beliau dihantar ke kampung untuk tinggal bersama mak cik saudara (Mak Su) dan nenek.
Setiap hari, duit belanja makan diberikan oleh Mak Su dan nenek yang berniaga sarapan di depan rumah setiap pagi.
Tahun kedua raya haji di kampung, barulah nampak kelibat mak cik dan pak cik saudaranya. Itu pun pulang dengan menggunakan kereta arwah ibu bapanya. Apabila ditegur, si saudara tamak terus melenting dengan mengatakan itu kereta mereka atas alasan ‘tolong bayar’, sedangkan pada hakikatnya ia sudah habis dibayar.
Si saudara hidup senang dan mewah, emas berderet. Tapi Sam cuma dapat RM1,000 sepanjang umur 11 tahun sehingga 23 tahun, manakala Mak Su dan nenek cuma dapat RM200-300 sebulan. Selepas 12 tahun, dengan hampir 5 tahun turun naik mahkamah, akhirnya hak Sam berjaya dituntut.
Rupanya nilai kesemuanya yang beliau sepatutnya dapat ialah RM2 juta! Itu pun cuma 80% daripada jumlah keseluruhan.
Selepas menang kes tersebut, anak-anak mak cik dan pak cik saudara tu masih ada konfiden yang mengatakan itu duit tersebut adalah hak mak ayah mereka kerana dah tolong jagakan. Selepas setaun bergadai segala benda, si tamak pun bankrap.
Dari menyewa di setinggan, kemudian ambil harta anak yatim boleh pula mereka berbangga hidup mewah di rumah teres besar dua tingkat.
Dunia sekarang memang aneh.