Jadi mak ayah ni bukan satu role yang mudah. Kena pula anak masih kecil dan biasanya budak ini memang terkenal dengan ragamnya yang pelbagai. Yang bergelar mak ayah ni mesti boleh relate kan?
Macam yang diluahkan oleh Cikgu Ayu beberapa hari lepas yang menyatakan kekesalan terhadap pelanggan lain yang memandang serong semasa anaknya menangis di restoran. Walaupun video tersebut hanyalah untuk meluahkan rasa kesal beliau, namun ada yang tidak berpuas hati dengan saranannya.
Yang mana beliau menyuruh sesiapa yang tidak dapat menerima keadaan ini untuk makan di rumah. Ehh, macam tak kena pula kan?
Itu yang menyebabkan beliau dikecam. Malah, Betty Rahmad turut memberikan respon tidak setujunya pada kenyataan tersebut.
Ini kerana ibu bapa sepatutnya bersedia dengan alat mainan untuk melekakan anak-anak. Malah sekiranya anak masih meragam, eloklah sekiranya anak tersebut dibawa keluar daripada kawasan tersebut.
Ramai yang bersetuju. Ramai juga yang meluahkan sekiranya ada anak kecil, adalah lebih baik untuk makan di rumah sebab takut orang lain tak selesa.
Hmm, korang pulak macam mana? Sokong kenyataan Cikgu Ayu atau Betty?
TikTok: @bettyrahmadali , @cikguayu_imtecer